Kerja, FB dan Blog


Dari pagi tadi aku tak berhenti duduk depan pc nie sambil buat kerja. Tak terasa masa berjalan. Dah petang, 30 minit lagi jalan di luar pun akan start jam walhal bandar nie bukannya besar mana. Ialah semua orang nak senang dan nak cepat. Perghh rasa cam nak tercabut tengkuk dan belakang aku nie. Naik kebas jari nie asyik menaip, kepala hotak nak beku pikir bait-bait laporan yang dikarang. Huh tak siap jugak. Banyak lagi kena buat nie. Tapi dalam-dalam wat kerja sempat juga ngonar tadi..alaa pergi servis keta jer. Terbang lagi RM105, tapi tak pa laa..untuk kebaikkan ku dan kepanjangan hayat 'bini biruku'. Disamping itu (ceh ayat karangan nie) sempat juga laa buka FB ngan blog nie. Dapat lah juga update apa yang patut.. Tak laa juga blog nie cam rumah tinggal cam web lama aku dulu..hahaha

Sok ada jamuan..kat Tapah..tak sabar plak ndak makan free dan bergaya pakai baju melayu tahun lepas..hehehe
Suatu keputusan yang amat payah untuk aku buat. Terlalu sukar untuk meluahkan apatahlagi merasakannya. Kini semuanya sudah terjawab. Ku tangguh juga akhirnya majlis itu. Terasa perit nak mengeluarkan kata-kata terutaman apabila keputusan yang dibuat itu ku maklumamkan kepada ayah. Aku cuba juga untuk merealisasikan kenyataan ini namun Tuhan lebih berkuasa menentukan perjalanan ini.

Entah lah. Sejak keputusan dibuat aku terasa sayu pulak. Sedih dan kecewa. Ialah, siapa yang tak nak hidup berdua, berkongsi bahagia. Semua orang nak. Cuma kadang kala apa yang dirancang itu tidak seperti yang dijangka. Hujung tahun menjadi tahun depan. Redha dengan apa yang berlaku. Salahkah aku apabila keputusan seberat ini aku terpaksa aku buat. Bukan suka-suka tapi kuderat meterial aku tidak kesampaian. Kalau sampai pun setakat cukup-cukup makan. Kena pikir juga kehidupan selepas majlis itu. Jadi apa yang aku buat ini adalah apa yang sepatutnya aku buat.

Kegagalan yang belum lagi duduk dalam kecewa, masih menerawang mencari punca yang hilang tanpa meletakkan malang pada daerah nasib, daerah yang sering bikin kita hilang tertib - Aku dan Sesuatu (AiE)

Tak ada benda lain ke?



Dah 2 jam aku surf blogspot. Tengok-tengok blog orang lain sambil cedok sedikit ilmu yang ada. Kekadang tue tercedok plak design diorang.. hehe. Cuma yang aku pelik, kenapa banyak sangat blog pasal politik. Pening plak aku tengok. Kalau takat nak citer pasal sejarah parti atau perjuangan tue tak per la. Tapi yang buat aku naik nak konfius ialah apabila blog-blog nie asyik nak mengutuk, menghina, mengejek, memburuk, mengkeji, memfitnah, memboikot, menuduk, dan macam-macam lagi lah terhadap musuh atau lawan mereka masing-masing. Macam dah lain dah makna POLITIK itu sendiri kalau aku tengok dalam-dalam. Aku bukan nak membidas atau mengkritik. Sekadar pandangan ikhlas jer
Cili tue pedas kan

2.31 pagi, Isnin 19 September 2011

Dari tadi aku asyik tergolek atas tilam bujang 2 lapis aku yang dah berkulat ini. Mata dah kelat tapi masih tak boleh lelap seperti hari-hari biasa. Tak tau kenapa. Mungkin agaknya kepala hotak aku yang terlalu sangat ligat berputar pikirkan masalah dan kehidupan mendatang.

Duit.. Suatu masalah yang tetap setia bersamaku. Tak pernah lekang dari hidupku. Tak pernah jemu atau bosan menghantui kepala hotak aku ini. Tak pernah cukup dan keperluan terhadapnya sentiasa ada dan bertambah.

Semalam jer lampu minyak hitam kereta aku dah start menyala-nyala. Walaupun kejap ada kejap tak ada, tapi aku tau dia tak malu cuma sebagai ingatan yang dia perlu diservis. Nak tunggu gaji, lama lagi. Duit dalam poket dan mesin kat bank dah kopak. Kalau tunggu gaji pun dan duit gaji aku itu dikoyak jadi dua pun tak mampu tampung keperluan semua sekali. Mana taknya, duit tue dah budget nak bayar sewa rumah, api air dan insurans 'bini biru' aku tue juga.



Adeii macam mana nak settle benda nie .. Lagipun 3 benda (sewa, insurans, sevis) wajib dilaksanakan. Tak boleh tangguh-tangguh. 3 benda tue pun wat duit gaji aku tinggal cukup-cukup tuk makan jer.. Arghhh~!!!!

Pening-pening. Tak tau nak selesaikan macam mana lagi nie. Duit ada tapi nak pakai plak untuk tamatkan status bujang aku nie. Tinggal 2 bulan setengah kesukuan hari lagi...


Kadang kala time cam nie baru plak aku teringat kat Dia yang memberi rezeki kepada ku. Rasa diri ini leka dan lalai dalam menjalankan suruhanNya

Sewa Rumah + Servis Kereta = Polis bakal bagi surat cinta bernilai RM300
Insuran kereta + Sewa Rumah = Jalan kaki ke pejabat
Insuran kereta + Servis Kereta = Duduk luar rumah atau tidor di pejabat
Insuran kereta + Sewa Rumah + Servis Kereta = Dompet aku menangis, aku teresak-esak

Bertanya Seorang Teman

Ketawa bersama, berduka bersendirian.

Memang begini keadaannya sekarang. Sedang aku ketawa dan gembira betapa ramai kawan-kawan yang tumpang sekaki. Gelak bersama sambil tersenyum macam kerang busuk. Kadang kala ketawa tue membawa kepada perbuatan tergolek-golek macam cacing dalam oven. Namun apabila aku sedih, berduka mahupun kecewa tiada siapa disisi. Untuk mendengar luahan aku memang jauh sekali. Semua menyepi macam duduk dalam gua. Tinggal laa aku sorang-sorang layan blues. Adat dunia memang macam ini agaknya. Tiada siapa peduli dan tiada siapa ambik tahu. Kalau ada pun yang cuba dekati sekalipun mesti niatkan budi. Aku bukan nak salahkan kawan atau lawan atau sesiapa saja, aku cuma meluahkan apa yang kurasakan semalam. Duduk depan umah sambil kenang kisah lama. Dulu tak macam ini, time tue kawan pun ramai. Ada yang memang kawan dan ada yang lawan tapi muka kawan. Mungkin status mereka sekarang ini yang buat mereka berubah. Berubakah mereka?. Tak pasti, yang ku tahu berita dan khabar memang susah untuk diketahui. Kalau ada pun setakat sipi-sipi sahaja. Tak pa laa. Mungkin aku yang agak emosi malam tadi.
Sekadar luahan dari kawan buat kawan

Argghh~!!!

Kadang kala bila aku buka FB dan melihat kepada mereka-mereka yang hiprokrit, terasa meluap-luap perasaan amarah dalam diri ini. Mau sahaja ku pecahkan muka yang sentiasa senyum dihadapanku walhal bila dibelakangku mereka mencebik dan menyindir. Jangan risau wahai sahabatku yang busuk ati, aku sedar akan diri ini yang tak sehebat jika nak dibandingkan dengan dirimu. Diri ini juga tau menilai setinggi mana ianya berdiri. Tapi sampai bila ko ada mendonggak megah, sampai bila ko akan meludah hina. Suatu hari nanti ko akan tunduk jua ke bumi mengharap simpati dan ku tetap menyepi walaupun dikau melutut menadah sepuluh jari. Bukan benci atau dendam, cuma mengingatkan dirimu yang aku juga punya hati..

From AiE

Design : Otak



Raya OoH Raya

Tiada yang menarik sangat hari raya tahun ini..Bab dengan keluarga memang menarik sangat-sangat tapi dengan geng sekolah agak kureng sikit. Tiada lagi beraya beramai-ramai seperti tahun-tahun sudah. Mungkin sibuk atau atau status sahabatku yang kini berubah. Erm, bila dah berkeluarga memang cam nie la agaknya. Yang aku nie ntah bila la pulak agaknya. Sehari sebelum raya sibuk tolong mak buat buras. Dah memang tanggungjawab aku tukang masak buras. Selain itu sempat lagi lepak-lepak dengan bebudak kampung walaupun geng-geng lama yang sama-sama ja`at dulu tiada. Yang tinggal hanya bebudak baru (baru nak ceburkan diri dalam bidang kesamsengan). Pagi raya aku tak sembahyang raya pasal demam dan tak sihat. Mungkin keletihan agaknya. Yang agak malang tahun ini, aku kurang sikit beraya ke rumah famili lain pasal segan. Segan atau malu, ntahlah. Tahun yang malang sikit bagi aku pasal beraya dalam keadaan pokai. haha.