Mee Goreng Mamak


Mee goreng mamak jadi mangsa santapan tengah hari ini..bungkus, makan kat pejabat jer pasal hari ini sorang-sorang duduk pejabat. Yang lain out station..

Selamat Menjamu Selera...

Edit Header

Alhamdulillah siap gak header kat atas tue..pening woo nak buat. Aku bukannya terer nak edit-edit template ni. Tapi berkat bakat kesabaran, kreatif dan kelentong yang menggebu dalam pala hotak aku nie, akhirnya boleh juga aku tersenyum sambil postpone perasaan yang berkobar-kobar mau terkucil nie.

Cara aku buat kat atas tue cuma edit 2 3 kerat HTML dan kemudian edit background, header picture dan tambah picture widget sikit. Korang tak paham korang punya pasal. Janji aku puas ati dengan hasil imaginasi aku semalaman (tidor kul 4.00 pagi)

Bila ada masa plak nanti (esok lusa la pasal sekarang aku nak balik pulun tidor yang tak menjadi semalam) aku nak kemaskan sikit lagi. Font dan design kena edit sikit biar berpinar mata ini..huhu

Jom balikkkkkkkkkkk~!!!!!!!!!!!!!!

Semalaman di Negeri Sembilan

Bandar Klawang Negeri Sembilan

Tugu peringatan buah yang terkorban..huhu

Pusat Penyelidikan Perikanan Glami Lemi, tempat Seminar Akukulutur Organik

Sebahagian daripada kolam yang ada di FRI Glami Lemi

Ternakan Organik



Organik

Semalaman menghadiri Seminar Akuakultur Organik di Pusat Penyelidikkan Perikanan Glami Lemi, Jelebu, Negeri Sembilan. Banyak benda yang dipelajari terutamanya bab apa yang telah kita makan seharian. Walaupun seminar berkenaan akuakultur, tapi banyak isu yang dibentangkan berkenaan dengan kandungan ataupun racun yang ada dalam barang makanan yang kita makan seharian.

Sebelum memeningkan kepala anda dan sebelum apa yang semua aku pelajari disana, ada baiknya aku mulakan dengan akuakultur organik itu sendiri.

Akuakultur (ternak air) adalah salah satu cabang perikanan yang pesat membangun..eh apa plak nie..erm cam nie. Kita biasa dengar orang ternakan ikan keli atau tilapia kan, tapi tahukan kita apa yang diberi makan kepada ikan tersebut sehingga besar? Berkhasiatkan makanan yang diberi makan kepada ikan itu atau secara terus terang, adakah makanan yang diberi makan kepada ikan itu tidak membahayakan kesihatan kita bila kita makan ianya kelak? Itu baru bab makanan. Macam mana dengan ubat-ubatan ikan itu? Sumber ikan itu? Bahan kimia dalam air ternakan itu? Adakah semuanya baik untuk kesihatan si pemakan ikan itu kelak? Mungkin kita tidak tahu. Atau mungkin kita lupa nak ambik tahu (macam aku la, main bedal jer ikan dimakan. Janji sedap)

Sumber benih (organik)
Benih yang semulajadi. Terhasil dari pensenyawaan semulajadi ikan ataupun hidupan air yang tidak disokong atau dibantu dengan bahan-bahan kimia atau bahan yang mempercepatkan proses pensenyawaan tersebut (cth: overprim)

Ternakan (organik)
Sistem ternakan yang semulajadi. Tidak melibatkan apa-apa sistem yang boleh mempercepatkan proses pembesaran ternakan tersebut (cth : pengudaraan menggunakan mesin). Tidak kira dari segi proses, air atau tanah, bahan tahambahan ataupun sumber tanaga.

Pemakanan (organik)
Tiada sebarang makanan rumusan yang bukan organik dibenarkan. Sebagai contoh pallet ataupun makanan rumusan lain. Hanya makanan dari sumber semulajadi sahaja diiktiraf sebagai organik. (cth: plankton dan zooplankton)

Penuaian dan Pemasaran (organik)
Aku tak tahu cam mana nak hurai. Rujuk Jabatan yang terlibat. hahah

Keseluruhannya, ternakan perlulah diternak dalam suasana semulajadi tanpa campur tangan dari apa-apa sumber lain termasuk manusia (kalau adapun biarlah minimum)

Mengikut apa yang dibentang oleh penceramah yang hadir pada seminar itu (INFOFISH, DOF, MOA) kebanyakan apa yang kita makan hari ini mengandungi banyak bahan-bahan yang tak baik untuk kesihatan kita. Bukan sahaja datangnya daripada ikan yang kita makan, sayur, ayam, dan macam-macam lagi.

Aku bukan nak takutkan sesiapa tapi pikirlah apa yang kita makan seharian ini, adakah kita peka dengan cara penyediaan awal apa yang kita makan itu. Sebagai contoh sayuran, kita tahukah macam mana ianya ditanam? Apa bahan kimia yang dia gunakan? Berapa banyak racun digunakan? Bayangkan kalau masuk dalam badan kita? Patutla orang dulu-dulu sihaT dan bertenaga sentiasa, mampu mengambara jauh untuk berdagang. Kita, baru bawak keta dari perak ke KL dah mengadu sakit belakang la, bontot sakitla, telor kebas la(hhehe besar sangan kot telor tue). Jangan pikirkan dulu bab minyak, perasa makanan atau bahan-bahan lain, kita pikir dulu bahan asas tersebut.

Mengikut maklumat yang dibentangka oleh Jabatan Pertanian, hampir kesemua sayur yang berada dipasaran ini mengadungi racun dan bahan kimia yang tinggi sama ada bahan tersebut dibenarkan atau tidak.

Jadi untuk mengelakkan kita makan makanan yang mengadungi racun dan bahan yang tak baik untuk kesihatan kita, pilihlah sayur yang ada simbol



Ianya dijamin ditanam secara organik.

Berbalik kepada akuakultur. Bidang ini baru lagi dan menurut apa yang dibentangkan, masalah dari segi kuantiti hasil akan timbul kerana hasil tuaian akan berkurangan. (ikan akan mati kalau makan tak cukup, berat tak sampai sepertimana yang diperlukan oleh pasasran dan biasanya ternakan akan berkurangan kalau pemakanan tak mencukupi seprti keli dan udang (sebab diorang ni lapar jadi dia makan kawan dia la))

Namun, harga penawaran untuk ternakan organik ini tinggi (contoh yang diberikan oleh INFOFISH) memandangkan kualiti yang ditawarkan adalah terbaik. Di negara-negara Asian lain, permintaan terhadap ternakan ikan organik ini mendapat sambutan menggalakkan. Ini kerana kebanyakkan pengguna telah peka dengan pemamkanan seharian mereka. Apatah lagi selepas kes melamin dan kes-kes bahan yang ada dalam makanan telah menyebabkan kehilangan nyawa. Di Malaysia sahaja, biasanya di pasaraya besar, permintaan terhadap sayuran organik tidak mencukupi walaupun harga yang tinggi ditawarkan.

Kesimpulannya (ceh macam penceramah plak) berbaliklah kita kepada sumber makanan yang semulajadi demi menjamin kesihatan yang terbaaikkk..sory laa simpul-simpul nie aku tak pandai. :)

Aku tak pandai nak hurai maklumat yang ku perolehi secara bertulis, kalau lisan tue mungkin boleh. Tapi maklumat ini boleh di dapati dari :

Jabatan Pertanian Malaysia
INFO FISH

Koleksi Star Wars




Kalau dah minat tue memang tak boleh selamatkan lagi. Hobi. Kalau bukan kekangan kewangan, kompom dah boleh buat galeri dah.

Layan clone wars kat http://www.animehere.com/search.html?keyword=star+wars

Tambahan (26/10/2011): yang dibulatkan

Tatooine Skiff

Clone Trooper : Galactic Marine

Boba Fatt

Design : Blog Marbina

Kalau dah bosan, macam-macam aku buat. Apalagi kalau duduk depan PC nie. Lagipun apa yang aku buat (di atas) adalah untuk promot Syarikat ayahku. Sapa lagi nak tolong dia kalau bukan anak dia. Sekurang-kurangnya ada juga sesuatu yang mampu aku sumbangkan untuk syarikat tersebut.

Koleksi : Poster Aku Dan Sesuatu

Di atas adalah antara poster terbaek yang ada dalam simpanan aku. Yang di atas tue saiz kecik, originalnya saiz 1393 x 1985. Asalnya aku scan dari majalah Aku Dan Sesuatu (thanks AIE) dan aku edit. Buang semua perkataan yang ada. Masa edit tue aku hanya guna paint biasa jer. Dan sekarang nie hasilnya. Kalau tak percaya boleh rujuk majalah tersebut. :)

Kalau nak saiz besar contact aku dan jangan lupa komen sebab kalau nak upload kat sini jenuh woO..

Doa Hari Jadi

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan celik yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah.

Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik. Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim...berikanlah aku usia yang panjang agar aku dapat berjalan di muka bumimu dengan cahaya keredhaan. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin.

Sakit Gigi


Korang pernah terbangun tengah-tengah malam
Terasa gigi sakit tahap beruk melompat-lompat?
Aku pernah
Semalam ku lalui
Sakit teramat sakit
hinggakan rasa nak demam
Jadi esok boleh ambik MC

Bila bercermin pagi tadi baru perasan yang pipi sebelah dah bengkak. Nampak pelik plak muka nie. Tengok lelama sikit cam muka budak baik pulak. Hahah.. Sakit dah tak ada cuma kekadang tue sakit kejap-kejap jer. Apa-apa hal pun kena masuk pejabat. Kerja tengah banyak nie. Rugi plak kalau tak siapkan..Tanggungjawab dan amanah, sapa nak tolak pahala pepagi nie kan.

Gitar Oh Gitar


Teringin plak rasanya nak beli gitar. Dah lama sangat tak petik tali gitar. Kekadang tue rasa gian plak. Tak la pandai sangat, setakat tau kord dan baca kord tue kira ok la. Tue pun kord yang basic jer. Dulu masa kat kampung selalu gak layan gitar nie. Tapi jarang arr petik. Selalunya jadi penyumbang suara. Sumbang pun diorang bedal jer. Sapa nak marah Abang Din. Hahaha layan.

Teringat plak masa mula2 main gitar, time tue baru abis sekolah. Lepek-lepak dengan budak kampung. Diorang nie memang pro bab gitar dan yang paling pro bagi aku ialah ady (best pren masa lepak dikampung) dan dialah tempat aku curi-curi kord. Kekadang tue ada gak mintak ajar tapi ego punya pasal, jadi banyakkan diam dan melihat sambil mendengar jer. Memang itu cara aku belajar, masa sekolah pun cam tue. Cuma sekolah dulu mulut aku cam mesin sikit. Non stop cam orang goreng gitar.

Kalau lah aku dapat gitar sebijik, kompom abis ink printer pejabat aku. Aku pulun print semua lagu yang ada dalam internet tue beserta kord-kordnya. Lepas tue lepak depan rumah bujang aku sambil layan gitar. Campur lagi dengan nescafe dan rokok, perghh layan blues laa beb..

Satu lagi bab nak beli gitar nie ialah aaku dah janji dengan adik bongsu aku nak belikan dia gitar. Tak boleh tak beli woo, karang mengamuk itu orang arr abis aku kena sembur. Merajuknya membawa gunda gulana woo..

Sketch : Mia


Dah cuba yang terbaik, tapi ini jer hasil yang mampu ku luahkan dari bakat seni yang masih hingusan ini. Bila tengok-tengok balik hasilnya, iskk malu pulak. Terasa diri ini masih telanjang lagi dalam dunia seni yang satu ini. Hasil yang tak seberapa tapi nak jugak diupload. Bukan nak tunjuk-tunjuk tapi sekadar sesuatu yang mampu aku lakukan dengan ikhlas.

Selamat Hari Jadi Mia ( anak buah tunang aku )
http://miaduniaku.blogspot.com

sketch lain ... di menu SKETCH

Khas Buat Kawan Yang Bernama Sahabat


Khas untuk dia yang bernama sahabat.

Jai, dari tingkatan 2 hingga tingkatan 5 aku tak pernah lekang berkepit dengan seorang mamat nie yang wajar aku gelarkan sahabat sejati. Masa dalam kelas pun duduk mesti sebelah dia. Kalau dia kena denda, aku laa yang akan join sekali dan begitu juga bila aku kena denda, dia tak pernah nak bagi aku senang kena denda sorang-sorang. Seingat aku kitaorang tak pernah gaduh..ada sekali pun tue hanya bermasam muka, tak sampai pun sejam.. ermm dalam bab belajar memang kitaorang bersaing. Bab nakal dan kaki bising, memang tak leh lawan kitaorang..

Seorang lagi yang cukup rapat dengan kitaorang ialah Hery. Zaman sekolah memang ragat kita orang dengan mamat nie. Dia join kita punya geng pun start tingkatan 4. Dia memang best. Lengkap korum kesamsengan hingusan kitaorang. Perkara yang besa dibuat bila gen kenakalan tu dirembeskan ialah bising, usik cikgu, mengumpat, usik bukan pompuan menengah rendah tak pun kakak tingkatan 6. Dan yang paling best kalau bab kentut dan jahanamkan member sekelas. Setiap hari mesti ada mangsa yang termalang nasibnya dengan kitaorang. Satu perkara yang kerap kitorang buat zaman sekolah ialah bermalam kat rumah kawan. Gilir-gilir antara kitorang tiga, kekadang member kelas lain pun join gak.. Pe`el menumpang nie kitaorang tegarkan hingga habis sekolah

Zaman abis sekolah kita orang lagi rapat. Kalau bermalam, bukan sehari dua tapi seminggu. Tak ada malu betul. Yang dibuat adalah melepak, merayap ke bandar dan malam-malam lepak main gitar sambil memekak ke dinihari.

Tidak lama lepas tue kitaorang terpisah pasal ada yang masuk u, keluar u dan masuk tingkatan 6. Kalau jumpa pun time cuti sem atau cuti sekolah. Walaupun terpisah, kitaorang tak pernah lost kontek.

Alam perkerjaan pun kami duduk serumah di Serdang Selangor. Mula-mula aku dengan hery dan tak lama lepas tue jai join sekali. Nampak sangat kami memang tak leh terpisah. Hinggalah hery kawin, dan tak lama lepas tue jai pencen jadi bujang pulak. Dan sekarang nie masing-masing sibuk dengan dunia masing-masing. Kekadang jer berjumpa. Kalau tak time raya, time aku turun KL baru bleh jumpa diorang nie. Jai dengan hery kat KL dan aku plak kat Perak.

Tapi apa-apa hal pun aku gembira dan bersyukur berkawan dengan diorang nie. Banyak benda yang kami kongi, belajar dan lalui bersama.. terlalu banyak kenangan unutk diceritakan. Tapi biarlah hanya kami yang tahu dan hargainya.

Rindu plak dengan diorang nie, kalau ada keizinan sok lusa, nak jenguk budak dua ekor nie. Macam mana agaknya keadaaan diorang sekarang nie.

p/s : bahasa dan gaya penceritaan adalah dari hati ikhlas seorang kawan. Tak perlu difahami cuma lihat dari sudut yang bernama memori

Bukan Mentari Semalam


Hidup yang indah ini
Bak gemersik siulan alam..
Itulah impian
Lara hati..Adalah epik hidup semalam
Biarpun mentari hari ini
Menyinari jalan-jalan kelam
Biarkan mentari semalam
Bergusir gelap malam
Kerana Tuhan menjadikan mentari hari ini
Bukan mentari semalam..

Petikan dari Aku Dan Sesuatu Fanpage

Keputusan Piala Malaysia 2011 Perlawanan Pertama Peringkat Suku Akhir



Selangor lwn Perak (siaran langsung ASTRO Arena) 1-0, (separuh pertama) 2-0,3-0, 3-1 (Keputusan Penuh 3-1 )
Std Shah Alam, 8.45 mlm

Felda Utd lwn N. Sembilan (siaran langsung RTM 1) 0-0 (separuh pertama)1-0
( Keputusan Penuh 1-0 )
Std MBPJ , 8.45 mlm

Terengganu lwn Kelantan 1-0, (separuh pertama) 1-1, 2-1,3-1
( Keputusan Penuh 3-1 )
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 8.45 mlm

Sabah lwn T-Team 1-1, (separuh pertama)1-2
( Keputusan Penuh 1-2 )
Std Likas, 8.15 mlm

Macam mana plak Sabah boleh kalah nie...aduuuhhhh

Sumber ligakampung.com

Kerepek Pisang Penyek (Sanggar Pokpek)


Mula-mula saje jer aku cerita berkenaan dengan salah satu makan bugis yang ringkas nie. Tu pun tercetus pasal aku tengok dia nie banyak sangat pisang kat tepi rumah dia..niat tue nak bagi dia buat dan rasa jer. Tak sangka plak dia buat produk. Siap dah mula buat promosi. Rezeki dia agaknya. Aku hanya tumpang gembira bila tengok bangsa sendiri tau nak berdikari..Moga apa yang diusahakan akan berjaya kelak.

Sketsa Kehidupan : Maaf Ke Tak?


"Tak apalah kalau awak sibuk. Walau macam mana awak tetap tak mahu maafkan saya. Saya cuba berbaik dengan awak tapi awak tetap mahu bergaduh. Tak apalah, saya tak akan ganggu awak lagi. Sedih bila awak guna bahasa (saya) dengan aku. Ok bye"
mohon maaf bila dah mengaku salah. Komen pula bila guna kata ganti nama SAYA walhal dia pun guna AWAK, SAYA dan AKU.

"Saya sibuk"
Jawapan sewaktu kerja banyak. Realiti

"Iyalah tapi jangan la guna bahasa kasar... Tujuan saya call bukan mahu ganggu awak tapi saya mahu minta maaf... Gara-gara hal kecil awak langsung tak boleh maafkan saya? Sampai bila!!"
Entahlah..sapa yang guna bahasa kasar melampau-lampau sekarang ini

"Saya Maafkan"
Mengalah.. bertolak ansur.

"Terima kasih la atas kemaafannya. Tapi saya mahu ikhlas bukan tak ikhlas. Kalau awak ikhlas awak tak kan guna perkataan SAYA !!"
Ada juga orang jenis macam ini. Tahu menilai orang dengan cara sendiri. Isi hati dia tahu kah? Masih merungut walhal apa yang dipinta telah dipenuhi. Perlukan skema kemaafan itu telalu sempurna walhal yang meminta lagi kasar dan mengada-ngada.

Kemaafan yang sia-sia. Walaupun dari hati tapi masih dikeji sedangkan hati yang merasa sakit sebelum ini. Hati yang luka melalui. Mengalah tapi akhirnnya... redha jer laa..

Only you knows in your hearth how the pain felt