™

Template Baru

Template baru akhirnya siap jugak. Buat sikit perubahan dari segi paparan dan kekemasan agar perjalanan lebih selesa dan selamat (erk~!)


Template yang lama dibuang jangan. Disimpan sebagai arkib kuno. Banyak benda aku belajar dari template yang mula-mula aku ciplak, design dan modify nie.

back with same attitude but more stronger than ever

Kedamaian Atas Sebuah Kesengsaraan



Pagi Jumaat, penghulu segala hari. Erm hari ini aku nak coretkan sikit pasal pendapat dan pandangan aku. Pandangan berkenaan dengan kedamaian yang perlukan pengorbanan. Ini bukan teks ucapan di PPB atau dialog sidang negara-negara yang cintakan keamanan, ini sekadar pandangan aku pasal kedamaian yang ingin dikecapi dan kos yang perlu atau telah dikeluarkan untuk mendapatkannya.

Mungkin korang ada yang tak suka dengan pendapat aku jika aku katakan seandainya kedamaian yang dikecapi mana-mana negara atau mana-mana orang sekarang ini datangnya dari kesengsaraan. Agak mudah kita dengar kan, tapi kalau aku cakap macam ini 'kita aman atas titis darah orang lain' tak pun 'kita damai atas peluh dan air mata orang lain'. Macam kita ni menumpang senang jer kan. Seolah-olah macam kita menindas pulak. Kita hargai dan kenang mereka macam mana? Bersyukurkah kita? sendiri mau ingatlah kan.

Berbalik pada kedamaian yang ingin dikecapi. Apa pendapat korang jika kita terpaksa korbankan orang lain untuk kedamaian orang lain juga? Setuju? Sebagai contoh dalam peperangan, kawan kita terkorban sedangkan kita yang melaungkan kemenangan. Heh amacam, boleh bagi pendapat tak? Itu baru kawan, macam mana kalau 10 orang, erm 1000 orang atau macam ini laa..1 juta orang dikorbankan untuk kedamaian berjuta-juta orang lain (kill million to save billion)..wajarkah atau perlukah? Sanggupkan kita sebagai manusia melakukannya? Memang tak sanggup kan tapi kalau tiada pilihan lain macam mana...Tuhan jer yang tahu.

Aku tertarik dengan cerita WATCHMAN yang aku tonton..situasi yang ku blogkan di atas ada dalam filem itu. Korang boleh nonton tapi cuba abaikan superhero itu, pandang dari sudut maksud jalan cerita itu terutamanya bab akhir-akhir filem itu..Bagi aku, aku setuju atas dasar terpaksa.

AKu bukan nak memandai-mandai mahu komplen pasal kedamaian atau cara kita dapatkan, aku cuma luahkan apa yang ada dalam kepala hotak aku ini. Terpulang dari kita menilai harga sebuah kedamaian itu.

Peace No War

Untungnya Jadik Lelaki

Untung jadi lelaki nie pasal :

1. Tak perlu risau kalau tumbuh bulu kaki dan terpaksa mencukurnya setiap hari

2. Bila nak buang air, boleh cari mana-mana tempat dan melaksanakan dengan selambanya

3. Tak perlu risau pasal senggugut atau menyediakan duit untuk beli 'pampers'

4. Tak perlu risau berat badan dan kalau boroi pun tetap kelihatan seksi

5. Tak risau kalau sudah hilang teruna kerana tiada siapa yang dapat mengesannya

Sumber : Majalah APO? (1 Jan 2004)
Karya asal : Ah Pau dan Sireh


p/s : Jangan terasa arr~!! hahaha

Design : Jiwa Lara


Bila hati mula membara
Kepala hotak ligat mencari idea
Lakaran sumbang jadi tiang mula
Design busuk terus dilakar bergaya
Tanda diri sudah tegar berkarya
Mencoret dan membaham kanvas maya
Tahan soru lupa kerja
Yang tinggal hanya puntung pemendek nyawa
Berkepul bercampur suhu suasana
Lantak lah janji aku lena
Leka dalam alam yang aku suka
Korang pedulik hapaa~!!

Pagi Yang Blues



Pagi masih lagi terasa kedinginannya sedangkan hari dah cerah. Aku masih lagi mengeliat dalam selimut yang dah berbau semacam ini. Terasa malas nak bangun pulak. Terasa badan ini terlalu berat untuk digerakkan. Pelik, sedangkan malam tadi lena tak ingat aku tidur. Cuma agak lewat nak terlelap. Agaknya banyak sangat masalah negara yang dipikirkan kot..

Erkk..layan blues agak-agak juga la, dah pukul 7.45 pagi. Alamak, kerja! Adeii

Terlajak lagi~!!