About Me


        Aku lahir dibumi bertuah ini pada 19 oktober 1980 tepat pukul 2 pagi (kata mak aku la) di sebuah rumah ladang di Balung Tawau, Sabah. Membesar dibeberapa buah tempat dan sekolah terakhir aku di SMK Tawau. Tabi'i seni mula-mula menjangkiti aku pada tingkatan 4 lagi. Masa tue, Karya Aku Hidup Dalam Blues dan Bersama Selamanya jadi bahan rujukkan (kekadang tue aku copy bulat-bulat).

        Abih sekolah aku cenderung pula kepada IT. Bermula dari seorang chatters (masa tue aku kerja kat cyber) kepada seorang irc scripters dan last-last web designer (tak pergi jauh pasal aku merantau ke Tanah Besar). Masa dalam dunia cyber tue jugalah aku belajar pasal teknikal komputer dan sedikit pasal network.

        Kat Tanah Besar nie (Semenanjung Malaysia) aku kerja dah macam-macam kerja. Dari pekerja cyber ke kerja kilang ke kerja bank dan sekarang nie duduk kat Perak sambil memakan gaji dari kerajaan. Bidang kerja lebih kepada teknikal untuk hidupan yang bernafas menggunakan insang. Itu jer maklumat pasal aku. Bukan tak nak bagi yang lebih detail tapi aku lagi suka bercerita macam ini. Dunia cyber bro, bukan boleh percaya sangat.

        Apa-apa hal pun, maklumat pasal aku diatas adalah benar. Tak tipu cuma sedikit cover baik punya.