Semalam layan filem Hachiko. Sedih juga ceritanya. Kisah kesetian seekor anjing menunggu tuannya pulang kerja setiap hari dan sampai suatu waktu tuan dia tak balik dan anjing tersebut masih setia menunggu hingga 9 tahun lamanya. Aku tau pasal cerita sebenar nie ada berlaku di Jepun. Bukan nak memuji cerita si haram itu, cuma aku nak ambil sedikit pengajaran dari cerita itu (lihat sudut yang positif). Adakalanya kesetiaan dan pengorbanan itu melangkau batas fikiran kita. Biarlah berkorban dengan ikhlas. Pahit manis pengorbanan itu, kita juga yang rasa. Harap korang paham la.


Petang nie nak gi IPOH, ada mesyuarat. ghehe claim clain
Seronok pulak bila aku dapat mengajar member-member yang lebih senior dalam pejabat ini cara menggunakan MS Office. Terasa diri ini lebih bermakna. Bukan nak riak atau bangga diri tapi ini lah yang seeloknya. Tolong menolong, bantu membantu dan yang lebih penting saling bekerjasama. Betul tak.


apabila datang seseorang kepada kita dan meluahkan masalahnya, bukan bermakna dia letak beban suruh kita sama-sama pikul, tapi disitulah kita belajar menilai erti sebuah kehidupan..

Suatu pagi yang gila

Kluk..kluk..klukk bunyi keyboard aku tekan. Tekun sambil terbongkok mengadap skrin yang banyak sangat cap jarinya. Tetiba


Pakcik : Pagi encek (dalam loghat Perak)

Aku toleh ke kaunter walhal jari masih lagi menekan. Lepas tue aku toleh ke sekeliling pejabat yang cam kandang kuda nie. Alamak tiada orang. Mau tak mau aku bangun dan buat muka senyum sampai ke telinga aku ke kaunter hadapan pejabat aku yang sebenarnya bukan cam kaunter.

Aku : Pagi Encik
Pakcik : Anak kerja sini ker?
Aku : Yea pak cik. Boleh saya bantu pak cik? (hairan tapi aku wat dek jer)
Pakcik : Pak cik nie datang dari jauh. Jalan kaki je. Letih tu tidak le tapi penat sikit. Biasalah orang tua. Blah blah blah blah blah blah motor blah blah basikal blah blah (aku lupa dah dialog dia tapi yang ku pasti pakcik nie dah start merapu)
Aku : Pak cik nak apa ye? (hairan dan aku tak wat dek dah)
Pakcik : Pakcik nak borang
Aku : Borang apa yea pakcik?
Pakcik : Apa-apa borang ler (sambil belek-belek pamplate depan meja kaunter)
Aku : Yea, tapi pakcik nak borang apa? nak wat apa?
Pakcik : Borang laa. Apa-apa borang pun boleh.

Aku tercengang dan sambil garu kepala yang tak gatal nie. Apa kehel pakcik nie. isk isk isk. Pepagi dah kena cam nie. Tak pe. Sabor sabor.

Aku : Cam nie pakcik. Pejabat nie banyak borang. Tapi pakcik nak borang apa? nak wat lesen ker nak wat kad nelayan?
Pakcik : Tak payah susah-susah. Pakcik nak borang jer. Borang le
Aku : .....
Pakcik : Ha nie pun borang. (sambil mengambil borang Kajian Kepuasan Pelanggan)
Aku : .....
Pakcik : Nie pun borang juga. (Arghh sudah, pamplate ikan pun dicakap borang)

Tetiba member satu pejabat muncul dari belakang pakcik tue sambil melambai dan wat simbol yang mengatakan orang yang aku layan dengan sabor dan baik ini ialah orang gila. Aku perhati pakcik tue dari atas kebawah. Pakaian dan kekemasan. Sah memang gilor pakcik nie...tidakkkkkkkkk

Dari kul 8.30 pagi sampai takat blog nie aku tulis, budak pejabat tak henti2 kutuk aku ada member baru..cilako punya kawan

2011

Pening plak pepagi nie. Awal-awal dah kena wat plan 2011. Huh nak wat apa arr 2011 nie? projek apa nak wat? projek sapa nak di tolong? pembangunan apa nak dibangunkan? cadangan apa nak dicadangkan? siapa nak disiapakan? pening pening

Long Time Ago



Tahun 1999
Baju : Converse
Jeans : LEVI`S 501
Kasut : Converse
Bag : UMRO
Dompet : lupa
Rantai Dompet : erm rantai apa ntah
Pengikat Rambut : Getah Sayur

Time ni badan masih slim lagi, rambut panjang plak tue. Besa la blues lagi masa tue. Single and jobless. Rokok beli batang-batang jer..
Benih kerang.
Gambar nie aku ambil masa menjalankan siasatan tak benih kerang tumbuh di Sungai Batang, Daerah Hilir Perak. Benda nie bukan senang-senang mau ambik , mau pakai permit juga. Silap ambik boleh bikin gaduh woo
Tadi...
Masuk pejabat lewat sikit hari ni. Kelenaan aku terganggu semalam. Dah 2 malam mata nie celik time orang lain dibuai mimpi. Ntahlah. Mungkin aku nak jadi batman kot. Tak pun jadi pungguk. Isk apa yang aku merepek nie.


Sekarang..
Laporan bulanan dah siap dan tunggu bos sahkan jer dan sekarang ni tak tau nak buat apa. Malas dan malas serta malas. Surf internet la jawabnya.
Apapun jauh disudut hati sendu aku ini, kalau betullah bulan akan ku pangku ke riba, kalau betullah pungguk sudah mampu melewati langgit tinggi, maka bakal bercantumlah telinga dan gusi. Akan senyumlah aku dari malam hingga dinihari, akan terpancarlah seri dari daerah kontang yang sekian lama tidak pernah bersumpah janji..