Gelombang Ombak Rindu

PerrghH~!! Tajuk posting mengancam woO. 

Aie Artwork

Sebenarnya aku sendiri pun belum tengok lagi cerita nie. Tapi ramai orang cakap yang cerita nie best. Best sangat ke? Atau tang sedihnya tue yang best? Tak berani nak komen apa-apa. Insya Allah kalau ada sponser aku gi tengok..huhu (Budget habis layan Mission Impossible: Ghost Protocol, Alvin And The Chipmunks 3, Sherlock Holmes: A Game Of Shadows, Suatu Malam Kubur Berasap, Arthur Christmas dan Puss In Boots (3D))

Business Blog


Marbina Timber Co
Blog terbaru yang dalam pengeditan dan pembinaan. Masih banyak lagi perlu diperbaiki.

Aktiviti Cuti Tak Berjadual


Hari aku sajer cuti. Malas nak pi pejabat (sebenarnya terlajak bangun). Penat agaknya. Satu hari aku duduk umah adik aku sambil layan karenah mereka yang berlagak datin nie. Jenuh tapi gembira.
               Sambil-sambil itu sempat juga lah aku layan kepala hotak yang tengah kreatif nie (ceh). Sajer nak ubah sikit banner kat atas tue agar nampak lebih best dari yang biasa. Siap letak gambar sendiri lagi tue. Bukan nak ekspotasi gambar sediri tapi sekadar promosi empunya diri aku sendiri. Tak lebih dan tak kurang.


Banner asal


               Banner aku buat menggunakan aplikasi Pain.net yang dicampur dengan sedikit Windows Paint dan kemudian aku olah dekat MS Word agar senang nak modify atau edit bila perlu kelak. Jadi hasilnya sepertimana di atas. Tak lawa atau cantik tapi aku berpuas ati kerana korbankan masa rehat aku depan laptop pinjam nie.


Susah Orang Susah


               Siang tadi buat lawatan bersama geng-geng yang duduk dibawah satu kementerian. Pergi melawat peserta (e-Kasih) yang telah mendapat bantuan. Diorang nie miskin, jadi bila dibantu tue nampak macam satu kelegaan pada diri orang gomen macam aku. Walaupun tak seberapa tapi kalau seorang peserta tue cakap macam ini
                “Terima kasih banyaklah pasal sudi bantu pakcik. Tak tau macam mana nak balas jasa encik-encik semua.”

“Tapi kalau boleh bagi lagi laa. Tak cukup lagi nie…”

Aik! tak cukup lagi ker? Isk isk isk. Aku yang kerja kerajaan nie pun tak pernah cukup dengan apa yang ada, inikan pula pak cik nie.

Demi tanggungjawab dan amanah yang diberikan, ada peserta yang dilawat ini dah dibagi bantuan 2 3 kali. Tapi macam itu jugak lah hidupnya. Tak berubah. Entah mana silapnya.

Terdetik dihati ini, aku pernah juga susah (aku tak cakap sekarang aku dah senang). Mungkin lagi susah dari diorang ni tapi tak ada siapa pulak yang bantu. Tapi bila dah kerja kat sini, salah satu tugas aku ialah bantu orang susah ataupun yang memerlukan kesenangan walhal dia tak susah pun. Pelik. Tapi pengalaman jadi susah tue yang ajar aku bantu diorang nie. Ada juga hikmah jadi susah nie kan. (sekali lagi, aku tak cakap yang aku dah senang sekarang)

Bila petang, aku wat kerja kat pejabat sambil layan blues. Terpikir pulak, ramai orang susah dalam dunia nie. Kat luar dunia, rasa-rasanya orang yang paling susah adalah CLONE TROOPER. Diorang nie di klonkan dengan diubah genetiknya agar kurang berdikari. Jadi sentiasa patuh  dengan arahan atasan. Apa akan jadi bila diorang dah pencen kelak ataupun dah berenti dari askar klon nie? Diorang tak pandai berdikari dan kompom akan susah nanti macam mana nak idup sendiri.

p/s : Watak Clone Trooper diatas adalah sebagai contoh orang susah. Aku tak idea nak bagi contoh lain.


Puisi Suami Isteri

Tetiba teringat email-email lama yang pernah aku dapat masa kerja kat tempat lama dulu. Antaranya seperti dibawah. Layannnn



Puisi Suami yg minta izin Pologami

Isteriku, jika engkau bumi, akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa
akan silauan ku. Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta
bukan hanya bumi, malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu.. Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah
adanya aku, kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...


Balasan Puisi Sang Isteri

Suamiku, andai kau memang mentari, sang surya yang me! mberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahaya mu dan
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

AKAN TETAPIIIIIIII.. Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan
5 watt sahaja, jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu... MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis sahaja!!

please lah...!!!

Kredit buat Asraff, Citibank.


p/s : Sebenarnya dah tak ada idea benda apa yang nak di post

TurboCopy


Hari ini aku nak berkongsi sedikit pasal satu aplikasi (software) yang boleh membuat salinan (copy) dari mana-mana port usb ke pc atau laptop anda dengan pantas dan laju. Kelajuan penyalinan (copy paste) ini adalah 2x ganda daripada yang biasa. Nama software nie TURBO COPY. Lebih laju daripada Tera Copy* dan juga Extreme Copy*. Tak percaya? rujuk gambar dan info dibawah


Aku test copy semua lagu (3 GB) dari pendrive aku ke folder music dalam komputer aku. Kurang 5 minit jer ianya selesai (selalunya 15-30 minit). Sesuai untuk mengcopy (BI di Melayukan) fail yang besar-besar.


Korang boleh download benda nie kat link dibawah. Selepas download, extract dan install dulu sebelum guna erk..Aku sekadar share dan berkongsi pengetahuan. Sebarang masalah jangan rujuk aku erk. Lapipun aku tak ada share dengan syarikat yang kuarkan produk nie..hehe Selamat mencuba.

Untuk download, KLIK KAT SINI

Kredit kat Hazizi (PPN) sebab bagi info dan tunjukkan aku benda nie.