Keracunan



Pukul 4 pagi perut nie dah start meragam..sakit macam mau melepas tapi bila duduk bertapa, malu-malu plak dia nak kuar..isk isk isk..Dalam kul 6, badan dah mula lemah dan macam nak pitam. Suma dalam perut nie dah kuar...muntah~!!..arghhhh

Perut memulas (sakit yang amat sangat), berpeluh, badan sekejap sejuk sekejap panas (macam nak deting dengan puteri raja), sendi semua sakit, dan yang paling sadis...tak leh nak bangun..

Malas mau cari punca aku keracunan. Yang pasti, silap aku juga tak reti nak tengok dulu makanan yang nak dimakan..main bedal jer..isk isk isk..

01/12/2011
Walaupun sakit aku tetap ke pejabat hari ini. Kerja banyak nak buat. Kalau aku cuti pun dapat apa? berehat? tak best langsung pasal sakit tetap ada. Jadi ke pejabat hari ini dapat lah buat kerja sikit walaupun muka macam kera makan belacan menahan sakit nie..huhu..

updated 4.55 pm (01/12/2011)
Sakit makin menjadi pulak..duduk pun dah tak betul nie..perut cam kena gilis dek lori 10 tan milik tokey udang belakang umah jiran sepupu nenek bosku...

AEF 7201


Aduhh..time cam nie la ngko nak dimanjakan. Kenapa bukan time aku loaded, kenapa mesti time aku senak cam nie ko nak ganggu. Aku bukan tak sayangkan ngko, aku bukan benci ngko malah aku puja dan jaga ngko sebaik mungkin. Tapi apa yang ko minta ini melampau, melebih-lebih. Cukuplah dengan servis 3 bulan sekali aku bagi, tak payahlah ko nak mintak itu ini...

Khas ditujukan kepada Kancil Biru Ku, body 850 tapi enjin 660..huhu


Gambar masa di Taiping

Kenapa Aku Masih?



Kenapa aku masih mengingati
Sedang dia mungkin lupakan diri ini

Kenapa aku masih mencari
Sedangkan ku pasti dia tak menanti

Kenapa aku masih merindui
Sedangkan dia pasti tak menyintai

Kenapa aku masih merindui
Sedangkan ku tahu dia bukan milikku lagi

Aku akan sentiasa seperti ini
Mengharap pada yang tak pasti

Star Wars

Antara koleksi poster star wars lama yang terbest pernah aku tengok dan download. Pergh kalau dapat print kat baju kan best. Mesti gempak gila. Idung kembang tahap tak ingat. Sapa tau kat mana kedai printing baju paling best erk?

Kursus di IPM Chendering

Nie adalah beberapa gambar yang sempat aku tangkap dan ditangkapkan sepanjang perjalanan, selama berkursus dan sepanjang perjalanan pulang. Tak lawa pasal kamera chabuk.








Banyak lagi gambar tapi ini jer yang aku rasa aku leh upload. Yang lain tue, huh aku nampak gemuk dan posing skema..wahahah. Kesimpulan, aku seronok berkursus. Dapat tambah ilmu, tengok tempat orang dan yang paling best dapat makan pree..huhu

Dari Perak ke Terengganu


IPM

Minggu depan (sebenarnya start 13 hingga 17 November 2011) aku akan ke Institut Perikanan Malaysia, Chendering, Terengganu. Mungkin dalam minggu depan jugaklah aku tak dapat nak bukak blog nie. Jadi kepada followers baru, aku follow korang balik bila aku dah online balik.

Sebenanrnya aku dah biasa ke IPM ni, dulu pun masa mula-mula join jabatan nie aku start kat sana. Kursus 3 bulan sebelum dihantar bertugas. Huhu bunyi macam persiapan sebelum berperang plak. Tapi kali ini aku datang semula pasal nak menghadiri kursus erkk senang mau cakap laa, kursus bagi lengkap 7 hari bekerja (Wajib sebagai kakitangan awam).

Mula-mula akan pegi berdua tapi bila member seorang nie ada masalah, nampaknya terpaksalah aku drive sorang-sorang ke sana. Tak per, Insya-Allah boleh sampai punya. Ingat ke lagi jalan nak kesana arr? huhu

dari barat ke timur

Kalau ikut maps di atas nampak macam senang. Atas peta memang nampak mudah tapi bila dah gerak nanti, melilau juga mata cari penunjuk arah. Kalau di ikut dari sumber internet, jarak perjalanan adalah 544.7 KM dengan jangka masa perjalanan lebih kurang 7 ke 8 jam. Perghh kebas tulang punggung.

Doakan perjalanan aku selamat

Khas Buat Lelaki

Gambar sekadar hiasan


Aku idamkan isteri yang solehah
Sedangkan aku nak solat pun susah

Aku idamkan isteri yang kiut miut
Sedangkan diriku tidaklah hensem

Aku idamkan isteri yang rajin sentiasa
Sedangkan masaku dihabiskan dengan berbungkus dalam selimut

Aku idamkan isteri yang bersosial bila perlu sahaja
Sedangkan kawan perempuanku tidak terkira banyaknya

Aku idamkan isteri yang berbudi bahasa
Sedangkan mulutku cakap ikut sedap saja

Aku idamkan isteri yang berakhlak mulia
Sedangkan hidupku bertuhankan nafsu seadanya

Aku idamkan isteri yang pintar
Sedangkan aku memang tak suka nak belajar

Aku idamkan isteri yang kaya dengan kesabaran
Sedangkan aku cukup mewah dengan marah berpanjangan...

Aku idamkan isteri yang tak berkira
Sedangkan tinggi egoku melangit jua

Pendek kata,
Puteri yang diidamkan sempurna belaka sifatnya
Sedangkan aku serba tak cukup setiap inci dan sukatan
Kena belek balik cermin kenyataan
Jangan asyik hanyut dengan cermin keperasanan

Template Baru

Template baru akhirnya siap jugak. Buat sikit perubahan dari segi paparan dan kekemasan agar perjalanan lebih selesa dan selamat (erk~!)


Template yang lama dibuang jangan. Disimpan sebagai arkib kuno. Banyak benda aku belajar dari template yang mula-mula aku ciplak, design dan modify nie.

back with same attitude but more stronger than ever

Kedamaian Atas Sebuah Kesengsaraan



Pagi Jumaat, penghulu segala hari. Erm hari ini aku nak coretkan sikit pasal pendapat dan pandangan aku. Pandangan berkenaan dengan kedamaian yang perlukan pengorbanan. Ini bukan teks ucapan di PPB atau dialog sidang negara-negara yang cintakan keamanan, ini sekadar pandangan aku pasal kedamaian yang ingin dikecapi dan kos yang perlu atau telah dikeluarkan untuk mendapatkannya.

Mungkin korang ada yang tak suka dengan pendapat aku jika aku katakan seandainya kedamaian yang dikecapi mana-mana negara atau mana-mana orang sekarang ini datangnya dari kesengsaraan. Agak mudah kita dengar kan, tapi kalau aku cakap macam ini 'kita aman atas titis darah orang lain' tak pun 'kita damai atas peluh dan air mata orang lain'. Macam kita ni menumpang senang jer kan. Seolah-olah macam kita menindas pulak. Kita hargai dan kenang mereka macam mana? Bersyukurkah kita? sendiri mau ingatlah kan.

Berbalik pada kedamaian yang ingin dikecapi. Apa pendapat korang jika kita terpaksa korbankan orang lain untuk kedamaian orang lain juga? Setuju? Sebagai contoh dalam peperangan, kawan kita terkorban sedangkan kita yang melaungkan kemenangan. Heh amacam, boleh bagi pendapat tak? Itu baru kawan, macam mana kalau 10 orang, erm 1000 orang atau macam ini laa..1 juta orang dikorbankan untuk kedamaian berjuta-juta orang lain (kill million to save billion)..wajarkah atau perlukah? Sanggupkan kita sebagai manusia melakukannya? Memang tak sanggup kan tapi kalau tiada pilihan lain macam mana...Tuhan jer yang tahu.

Aku tertarik dengan cerita WATCHMAN yang aku tonton..situasi yang ku blogkan di atas ada dalam filem itu. Korang boleh nonton tapi cuba abaikan superhero itu, pandang dari sudut maksud jalan cerita itu terutamanya bab akhir-akhir filem itu..Bagi aku, aku setuju atas dasar terpaksa.

AKu bukan nak memandai-mandai mahu komplen pasal kedamaian atau cara kita dapatkan, aku cuma luahkan apa yang ada dalam kepala hotak aku ini. Terpulang dari kita menilai harga sebuah kedamaian itu.

Peace No War

Untungnya Jadik Lelaki

Untung jadi lelaki nie pasal :

1. Tak perlu risau kalau tumbuh bulu kaki dan terpaksa mencukurnya setiap hari

2. Bila nak buang air, boleh cari mana-mana tempat dan melaksanakan dengan selambanya

3. Tak perlu risau pasal senggugut atau menyediakan duit untuk beli 'pampers'

4. Tak perlu risau berat badan dan kalau boroi pun tetap kelihatan seksi

5. Tak risau kalau sudah hilang teruna kerana tiada siapa yang dapat mengesannya

Sumber : Majalah APO? (1 Jan 2004)
Karya asal : Ah Pau dan Sireh


p/s : Jangan terasa arr~!! hahaha

Design : Jiwa Lara


Bila hati mula membara
Kepala hotak ligat mencari idea
Lakaran sumbang jadi tiang mula
Design busuk terus dilakar bergaya
Tanda diri sudah tegar berkarya
Mencoret dan membaham kanvas maya
Tahan soru lupa kerja
Yang tinggal hanya puntung pemendek nyawa
Berkepul bercampur suhu suasana
Lantak lah janji aku lena
Leka dalam alam yang aku suka
Korang pedulik hapaa~!!

Pagi Yang Blues



Pagi masih lagi terasa kedinginannya sedangkan hari dah cerah. Aku masih lagi mengeliat dalam selimut yang dah berbau semacam ini. Terasa malas nak bangun pulak. Terasa badan ini terlalu berat untuk digerakkan. Pelik, sedangkan malam tadi lena tak ingat aku tidur. Cuma agak lewat nak terlelap. Agaknya banyak sangat masalah negara yang dipikirkan kot..

Erkk..layan blues agak-agak juga la, dah pukul 7.45 pagi. Alamak, kerja! Adeii

Terlajak lagi~!!