Kenapa Rezeki Susah Nak Masyukk??

 
 


Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini...
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tetapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.

Ada juga yang berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yang melimpah ruah. Tapi ketahuilah itu nikmat yang paling azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. Wallahua'lam.
 
Sumber dari fb  Pakar diari hati dan melalui FB Rosfeyanty Dan Muhidin

Demam Yang Sakit


Time demam laa syok layan tv

Alhamdulillah.. deman selesema aku dah kebah. Terima kasih kepada isteri yang tak jenuh-jenuh merawat dan melayan ragam aku semasa sakit 2 - 3 hari nie.

Kali nie aku nak cerita pasal kenangan aku sedikit semasa sakit. Bukan pasal sakit tapi cerita lain yang berpunca dari aku sakit. Tapi bukan yang menyebab aku sakit tapi kalau terlebih boleh menyebabkan aku bertambah sakit (banyaknya sakit)

Semasa aku sakit (sakit lagi) ada kerja kat pejabat yang urgent dan aku tak dapat datang nak wat, pasal MC dan tak larat. Yang peliknya, atasan aku tak reti nak suruh orang take over kerja aku tue. Pepagi dah call aku cakap kenapa aku tak bagi tau awal-awal yang aku nak sakit. Eh pelik pulak. Sakit bukan diminta laa boss. Kan ada staff lain yang boleh buat kerja aku tue. Lagipun kalau ikut teori, dia yang sepatutnya wat kerja tue. Sekarang nie pun dia buat juga cuma buat untuk kawasan lain. Jadi apa salahnya buatkan kerja aku tue. Bukan banyak sangat pun. Tinggal nak print dan hantar ke satu tempat dan dapatkan tandatangan. Bukan susah mana pun. Lagipun suma aku dah sedia atas meja tu. Siap letak nota lagi woO. Bagi budak-budak pun kompom boleh siap. Nie tak, nak aku juga yang buat. Aku kan MC, cuti sakit. Takkan aku nak datang pejabat juga wat kerja. Suruh laa mamat tue. Yang bos aku nie pun satu, macam takut semacam nak suruh mamat tue. Kreatif laa sikit. Kalau tak reti nak suruh orang lain, bos buat sendiri jer laa..bukan susah mana pun. isk isk isk

Mau tak mau, sok hari aku pi pejabat juga siapkan kerja tue. Tak sampai sejam, semua beres. Yang letihnya, aku terketar2 wat kerja tue pasal demam aku tak surut lagi. Tapi tak per laa. Lagipun aku malas mau cuti sakit lama sangat. Karang makin lemah pulak badan nie.
Namanya juga kuli..kekadang bukan kerja hakiki tapi diarah buta tuli. Aku akur sambil buku  lima tergenggam ngeri..

Pasal Air




Erm lama aku tak post apa-apa dalam blogku ni. Al-maklumlah, cuti panjang sangat (cuti raya). Bila abis cuti pula, kerja menimbun kat pejabat minta dimanja. Tak ada masa betul..

Sini aku nak cerita sikit pasal air. Kita ni kalau air tak ada, punya lah marah. Kekadang tue siap mencarut lagi. Aku pun kekadang macam tue. Sapa tak tension kalau nak mandi pun susah, lebih-lebih lagi kalau nak pegi kerja. Tapi tahu kah kita macam mana air tue boleh dibekal, proses pembersihan dan rawatannya? kompom tak tahu. Kalau ada yang tahu pun tak ramai.

Aku bukan nak cerita isu loji air atau air percuma di Selangor ataupun aku bukan nak cerita yang Tawau balek-balek ndak ada air, paccat jak. Apa yang aku nak cerita ialah pengalaman aku ke Loji Rawatan Air Hilir Perak.. Aku ke sana bukan melancong ataupun ada jamuan rumah terbuka tetapi ada kes ikan mati. Isk..ikan lagi. Kerja ikan mesti pasal ikan kan. 

Masa kat sana baru aku tahu yang loji rawatan air nie terlalu sensitif. Ada sedikit jak perubahan ada punca air diorang, kompom diorang stop production. Intake air ditutup. Aku ke sana pasal nak tinjau keadaan ikan mati tapi last-last aku lupa pasal ikan tue. Aku terpegun dengan kecekapan diorang. Woo patutlah kekadang tue tekanan air rendah atau air tak ada langsung. Diorang bukan suka-suka tak nak salurkan. Tapi atas sebab kecil (pada amatan korang lah) macam nie pun diorang akan shutdown sementara waktu. Ialah, kalau bekal air tue karang, ada pulak aduan yang air paip bauk ikan..wakakakak

Kesimpulannya, jangan mudah melatah kalau tak ada air, cari dulu sebabnya. Ini sekadar luahan dari aku, atas dasar pengalaman.


Refluks Gastroesofagus (GERD) / Pedih Ulu Hati



Kandungan asid gastrik dalam perut tertolak ke atas memasuki saluran esofagus atau kerongkong.




SEPULUH tahun menghidap penyakit refluks gastroesofagus (GERD) tidurnya terganggu kerana pedih ulu hati. Setiap kali selepas makan mesti tidak selesa, loya dan mulut pula terasa masam. Dada terasa ngilu sangat sehingga kadang kala tidak boleh tidur. Kalau makan makanan berminyak, keadaan menjadi lebih teruk.

Terry Tan, 37, cuba bertahan tetapi gejala GERD mengganggu aktiviti hariannya.

"Ketika bersenam pun saya boleh alami masalah ini terutama apabila saya melakukan tekan tubi atau bangun tubi. Malah apabila tunduk pun saya boleh rasa dada pedih. Pada awalnya, saya mengambil ubat antiasid tetapi kesan ubat tidak lama sehinggalah saya diberikan ubat dipanggil perencat pam proton (PPI) yang membolehkan saya menjalani hidup dengan lebih baik," ujarnya.

Mengalami simptom yang sama, pesara, A. Susainathan, 64, juga kerap mengalami pedih ulu hati, terutama ketika tidur.

Kadang-kadang dia terjaga sampai 10 kali pada waktu malam. Ini mengganggu kerjanya pada waktu siang.

"Saya berusaha mendapatkan rawatan sewajarnya sebelum disahkan penghidap GERD. Dulu saya pernah bergelar perokok tegar tetapi disebabkan GERD, tabiat itu saya tinggalkan," ujarnya yang telah 13 tahun menderita GERD.

Susainathan menyarankan setiap individu yang memiliki simptom penyakit itu agar mendapatkan rawatan segera bagi mengelak ia bertambah kronik.

Asid gastrik

GERD adalah keadaan apabila kandungan asid gastrik dalam perut tertolak ke atas memasuki saluran esofagus atau kerongkong. Aliran songsang atau refluks asid gastrik inilah yang membuatkan seseorang mengalami pedih ulu hati, mulut terasa masam, loya dan tidak selesa.

Menurut kajian yang dilakukan di seluruh Asia baru-baru ini tentang kesan GERD terhadap mutu kehidupan, anggaran 60 peratus penghidapnya merasa tidak sihat, mengelak daripada makan sesetengah jenis makanan dan minuman, merasa letih dan khuatir disebabkan simptom GERD, manakala 50 peratus lagi terjaga daripada tidur sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sebulan akibat simptom penyakit.

Gangguan tidur ternyata mengganggu produktiviti dan waktu santai pesakit, dengan lebih 60 peratus melaporkan kesan yang besar dan sederhana terhadap kerja dan waktu rehat mereka.

Kajian ini menunjukkan penghidap GERD memandang ringan kesan buruk penyakit terhadap mutu kehidupan mereka dan tidak menyedari bahawa ia boleh menjejaskan kesihatan jangka panjang yang serius. Mereka hanya mendapat bantuan rawatan apabila rasa sakit dan semakin tidak selesa. Hampir separuh pesakit menanggung simptom sekurang-kurangnya selama enam bulan sebelum berjumpa doktor.

Dalam hal ini, bekas Presiden Persatuan Gastroenterologi dan Hepatologi Malaysia yang juga Perunding Gastroenterologi, Dr. Tan Huck Joo berkata, para pesakit tidak sepatutnya membiarkan simptom GERD mengganggu tugas harian mereka.

"Mereka tidak perlu menanggung sakit dalam diam. Dapatkan nasihat daripada doktor supaya dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang tahap penyakit yang dihidapi. Hanya selepas itu anda boleh mendapat rawatan yang khusus untuk masalah GERD," kata beliau.

Aku kongsi pasal aku tengah alaminya sekarang..adei bisa woO

Program Survey Sungai Perak


Log Perjalanan ( sebahagian jer )
dicatat oleh aku pasal tugas aku buat log, plot perjalanan dan baca peta (penunjuk arah)

20/03/2012 [ Dari Bagan Datoh ke Pasir Salak ]
1045 - Berangkat dari Jeti Bagan Datoh. Pengangkutan, bot 21 kaki dengan enjin 90 KK.
1115 - Tiba di Jeti Kampung Kayan. Aktiviti..buang air
1156 - Tiba di muara Sungai Dedap. Pertemuan Sungai Dedap dengan Sungai Perak
1213 - Kawasan Batu 8
1250 - Tiba di Jeti Persatuan Nelayan. Singgah melantak tengah hari. Lapor wei duduk bot lelama nie
1445 - Berangkat dari Jeti Persatuan Nelayan. Jenuh tunggu air pasang.
 terkandas di pasir panjang pasal sungai cetek. Waktu tak dapat direkod pasal panik..haha
1605 - Tiba di Jeti Pasir Salak Resort.

21/03/2012 [ Dari Pasir Salah ke Bagan Datoh ]
0953 - Meninggalkan Jeti Pasir Salak Resort.
0953 hingga 1206 - Terkandas beberapa kali pasal air sungai cetek sangat. Enjin pula masuk pasir. WargHH~!!!
1207 - Tiba di Jeti Persatuan Nelayan Teluk  Intan
1535 - Minyak habis. Nasib baik ada minyak back-up. Dah diisi semula namun enjin tak boleh hidup..
1610 - Enjin dah ok. Alhamdulillah
1642 - Tiba di Jeti Bagan Datoh

Berangat Dari Bagan Datoh
Jeti Kampung Kayan
"Rasanya kita dah masuk Sungai Amazon nie bos"

Melantak mesti wajib. Malam di Pasir Salak Resort

Sarapan pagi versi melantak sampai kembung

Antara mangsa kitorang si keli dan si lampam

"Adeii..bila laa nak sampai nie. Perut dah melalak nie"

Skill budak sabah bila bot kandas atas pasir

Alahai enjin, time cam nie la ko nak bermanja

"Bos, campak jer enjin tue." Tension bile enjin meragam

Tak dapat nak repair enjin, kitorang melantak. Lepas jer melantak enjin dah boleh start. Pelik pelik

"Haiya, lu olang naik bot arr selupa orang naik unta. Manyak lambat woO"

Tujuan sebenar aktivit nie dijalankan adalah bertujuan untuk melihat sendiri keadaan Sungai Perak dari segi aktiviti-aktiviti sekitar sungai di samping mengenal pasti keadaan sebenar Sungai Perak Daerah Hilir Perak sebagai persediaan nak bawak orang luar melawat kelak.

Hujung minggu



Masa bercuti kat Tioman dengan geng tempat kerja lama.

Tak seperti cuti hujung minggu sebelum ini. Kali ini aku duduk pejabat sorang-sorang sambil buat kerja. Bukan nak tunjuk rajin atau amik OT (tak dibayar pun kalau claim) tapi aku sekadar datang buat kerja yang tak siap lagi. Waktu pejabat bukan tak boleh buat tapi tak ada masa. Iya kah tak ada masa? hehe. Apa-apa hal pun kalau buat kerja sorang-sorang nie rasa cepat pulak siap. Tak ada gangguan.

Abis buat kerja aku layan blog dan FB..sambil tue dengar lagu-lagu rock kapak. Ceh layan pulak pepetang nie. Nak balik awal pun malas..Balik umah pun bukan ada apa yang boleh dibuat. Selalunya layan DVD ataupun cuci keta. Huh tapi hari aku malas sikit. Karang laa antar gi kedai cuci keta..

Kalau tengok fail atas meja nie rasa cam nak pitam pun ada. Berlambak cam pasar borong. Banyak gila perlu dibuat. Kalau setakat kerja hakiki tu aku tak kisah sangat tapi nie melibatkan kerja orang lain yang perlu aku buat. Ialah ikut arahan la katakan. Tapi aku tetap tak puas ati pasal kerja aku pun banyak jugak. Takkan laa kerja orang lain pun aku kena tanggung..Orang lain tue pun aku tengok bukan banyak kerja sangat pun..Dah buka mulut kat atas tapi diorang cakap macam diorang paham jer..isk karang ada makan pasir tak lama kalau macam nie.

kalau tension agaknya boleh jadi macam nie kot?

 Adakalanya bila pikir masalah kerja nie, rasa macam nak mintak tukar jer pi tempat lain. Tapi tempat lain pun sama gak. Mungkin lagi koman banyak kerjanya..Tak per la, buat masa nie biar aku duduk sini dulu diam-diam. Tengok sampai bila aku leh tahan..kalau sok lusa ada offer aku blah. Lagi awal lagi bagus pasal banyak sangat kerja "KERJA TAK BETUL DALAM PEJABAT NIE"..


Lagi Koleksi Star Wars

Tambah lagi koleksi..

  

CLONE
TURBO TANK ™ 
  • COMPANY : Kuat Drive Yards
  • MODEL : Havw A6 Juggernaut
  • CAPACITY : Up To 300 Passengers
  • FUNCTION : Close Range Battle and Star Fighter Deployment
  • TOP SPEED : 160 KPH
  • AFFILIATION : Republic
  • INFO : Separatists will think twice when they see these behemoths in action! Each of the Galactic Republic's Clone Turbo Tanks are monstrous, ten-wheeled armored boxes with sprouting blasters or grenade launchers on every side. Under the command of Master Yoda, they form the most integral part of a dogged campaign to eject swarming droid invaders from the Wookiee world of Kashyyyk..
Star Wars Titanium Series

Koleksi Star Wars (Baju & Majalah)



Lagi kesan penangan Star Wars dalam hidup aku. Kali ini baju dan majalah pula jadi sasaran. Nie baru permulaan. Ada rezeki kelak nak cari baju lagi dan kalau boleh sok lusa nak pulak ada kostum. Kalau boleh nak kostum Clone Trooper lengkap.

Kerinduan

Tetiba rindu pulak dekat kampung halaman. Rindu pada kesibukkan bandar Tawau, rindu pada keriuhan budak Sri Menanti dan rindu pada ketenangan rumah di kampung halaman. Erm layan gambar-gambar yang sempat di scan suatu masa dulu.

Bandar Tawau
Perpustakaan Tawau

Senja di Tawau

Petek-petek


Senja di jeti nelayan

Aku dan Media

Utusan Malaysia - Persisiran Sungai Perak Dimajukan




HAMIDAH Osman (tengah) melepaskan anak ikan ke sungai bersama Zainol Fadzi Paharuddin (kiri), Zainudin Yeop (dua dari kanan) dan Ibrahim Ahmad di Jalan Mahkamah Lama, Teluk Intan, semalam.



TELUK INTAN 14 Feb. - Kerajaan negeri akan memajukan kawasan persisiran Sungai Perak terutamanya di Riverfront Teluk Intan di sini sebagai pusat pelancongan bagi menarik kedatangan pelancong pada Tahun Melawat Perak (TMP) 2012.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, pembangunan industri pelancongan di kawasan tersebut bukan sahaja akan menjana ekonomi masyarakat di kawasan itu, malah di Bagan Datoh dan Kampung Gajah.
“Kita merancang membina jeti tempat memancing ikan dan udang galah serta menyediakan bot sewa untuk pemancing termasuk untuk ke Pulau Sembilan dan Pulau Pangkor.
“Di samping itu tempat tersebut akan dijadikan sebagai pusat sukan air, rekreasi, taman permainan dan pusat makanan segera di samping mewujudkan pancutan air dari Menara Condong ke tepi Sungai Perak,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Keceriaan Sungai Perak di Riverfront Teluk Intan di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shaarani Mohamad, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, Ibrahim Ahmad dan Pegawai Daerah Hilir Perak, Zainudin Yeop serta Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Mohammed Zaki Harun.
Menurut Hamidah, pada masa sama, pihaknya mahu memastikan kebersihan kawasan pesisiran Sungai Perak sentiasa terjaga kerana ia amat penting bagi menarik pelancong domestik atau luar negara.
“Cadangan berhubung perkara tersebut telah dibentangkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri tidak lama dahulu dan keputusan akan diketahui dalam masa terdekat. Keputusan JPS dalam hal ini amat penting bagi membawa keceriaan ke kawasan pesisiran Sungai Perak,” katanya.

Program Keceriaan Sungai Perak

Program Keceriaan Sungai Perak anjuran Pejabat Daerah Hilir Perak. Dirasmikan oleh Y.B. Dato' Hamidah Bt. Osman - Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Dan Kebajikan Negeri Perak.

Aku seperti biasa, jadi penyeri majlis (hehe).

Salah satu aktiviti program ini ialah melepaskan anak ikan ke dalam Sungai Perak. Sumber dari pihak kami iaitu Jabatan Perikanan Daerah Hilir Perak dengan kerjasama Pusat Perikanan Darat Banding Perak. Benih yang dilepaskan adalah dari spesis Baung dan Puyu. Ini sekaligus dapat menambahkan stok variasi ikan di perairan umum khasnya Sungai Perak. Disamping itu, ianya sekaligus dapat menjamin sumber pendapatan nelayan sungai di daerah ini sentiasa terjamin. (perghh cakap macam pegawai besar pulak dah..hahahah)


Berikut gambar yang sempat dirakam semasa proses pelepasan benih ikan.

 
Esok nak cari pulak gambar2 dalam paper, mana lah tau kot-kot ada masuk gambar aku..haha

Review: Proton Satria GTI

FULL Review: Proton Satria GTI: In this blog entry, I’m covering Proton Satria GTI. Production started late-1998 and soldiered on unti...


Koleksi Star Wars Terbaru

Koleksi yang dibeli di Ipoh pada 06/02/2012



Saesee Tiin's
JEDI STARFIGHTER™
  • MANUFACTURER : Kuat Systems Engineering
  • FUNCTION : Light Interceptor Starfighter
  • CREW : Saesee Tiin
  • SIZE : 8 Meter Long
  • WEAPONS : Laser Cannons
  • AFFILIATION : Jedi Order
  • INFO : Saesee Tiin was a phenomenal pilot, even for a Jedi. His Keen understanding of spacefight gave him the ability to navigate without computer assistance, even at transluminal velocity. In addition, his innate telepathic abilities made him a terrifying opponent to sentient pilots, whose actions and intentions he easily predicted. He was deeply interested in flight technology, and encouraged Anakin Skywalker's tinkering with his Jedi Starfighter. Saesee Tiin even saw to it that many of Skywalker's innovations were included in the upgraded Actis-2 starfighters.
Star Wars Titanium Series


ARC-170™
STARFIGHTER
  • MANUFACTURER : INCOM / SUBPRO
  • ROLE : Aggressive Reconnaissance Fighter
  • MODEL : ARC - 170
  • CREW : Two Pilot, One Gunner Plus Droid
  • WEAPONS : Cannons, Proton Torpedoes
  • AFFILIATION : Republic
  • INFO : Clone Troopers fly this bomber-type into battle for combat and reconnaissance. During the Clone Wars, it was common for elite trooper to customize their vessels with elaborate design, such as this. With heavy armor and a class 1/5 hyperdrive, the ARC-170 is equally suited for both long-range patrols or aggressive assault missions.
Star Wars Titanium Series

Untuk koleksi Star Wars lain yang sebelum ini pernah aku post, klik kat sini

Puisi dari MyTawau

Usahlah kau menagih belas kasihan dari manusia,
kerana belas kasihannya sekejap sekejap saja.

Bila kau sebatang kara dan menangis,
mungkin manusia akan mendengar keluhanmu,
tapi sekejap sekejap saja.

Mereka akan bosan pada satu ketika,
kerana itulah tabiat manusia.
Lebih parah bila kau di uji si muka-muka
yang gelumang nifaq dan cinta dunia
Kecuali mereka yang telah dikurniakan Allah
rahmat pada jiwa-jiwanya.

Palingkan wajahmu hanya kepada Dia -
yang lebih dekat dari urat lehermu,
yang lebih Menyayangi dan Mengasihanimu..

walaupun kau sering saja lupa taat,
sujud dan bersyukur di atas segala nikmat,
yang telah zahir kepadamu dan yang tidak terlihat
..bahkan kau selalu saja derhaka dan bermaksiat.

Jika sedikit ditarik nikmat-Nya,
kau pasti terduduk, ternganga.

Tiada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa Allah.
Jangan kau zalimi diri.. jangan kau berulah,
jangan kau zalimi orang yang lemah,
kerana Yang Membalas dan Membelanya adalah Allah.
Al-Jabbar, Yang Maha Gagah

Bila sakit, ingat.
Bila suka, lupa.

Sedarlah.
Malulah.
Beradablah kepada Allah.

Sebelum berakhir perjanjian,
antara jasad dan jiwa.
Kredit to -MyTawau-

Bukan Turn Aku Lagi Kot

Mungkin bukan masanya lagi. Tue yang rezeki yang dah pasti akan dapat tue tak dapat lagi. Bukan yakin tapi memang hak aku. Cuma masa belum lagi sampai agaknya untuk aku amik semula rezeki aku tue. Tak per, bulan 4 bukannya lama mana pun. Pejam celik dah nak masuk bulan 2 dah pun. Sikit lagi tue. Tapi terkilan jugalah bila kita dah mengharap sangat nak dapat. Last-last kena tunggu jugalah. Aku yang over excited sampai tarikh yang perlu diperhati tue boleh terlepas pandang. Hehe besa la kalau dah gelap mata kan.

Panduan Menggunakan Google Font

Salam semua, hari ini aku nak berkongsi tips sikit yang aku dapat semalam. Tips menggantikan font kat blog anda dengan pelbagai bentuk font yang disediakan di Google Web Font. Tengok tajuk post dan tajuk widget blog nie, berbeza kan. Jadi kalau nak gunakan, sila ikut tips kat bawah.

Mula-mula klik gambar kat bawah atau klik sini









Setelah memilih jenis-jenis font yang ingin anda gunakan klik Add To Collection dan klik Use
Anda boleh memilih seberapa banyak font yang ingin digunakan. Jangan banyak sangat, elakkan pembaziran!







Pilih bentuk font yang ingin digunakan. Biasanya ada font yang datang dengan pelbagai pilihan seperti Bold dan Italic. Contok rujuk gambar yang disediakan






Kemudian pilih pula character sets anda. Normal web akan menggunakan Latin Character.






Ini agak penting sikit. Copy kod yang diberikan kemudian paste dekat HTML blog anda. Pastikan anda paste selepas <head>
Contohnya seperti dibawah ini

Pastikan kod yang diberikan adalah lengkap dan tertutup. Jika tidak lengkap, tambahkan kod berikut </link> pada akhir kod anda.






Akhir sekali, untuk menggunakan sepenuhnya font yang dipilih, letakkan nama font anda pada kod font-family anda. Contoh ada pada laman web google font itu seperti cara letakkan pada h1, h2 dan h3.

Tak paham juga macam mana mau letak? Tengok jer kod pada blog ini dan cari perkataan Yanone Kaffeesatz. Tengok macam mana aku letakkan.

Dan akhir sekali jangan lupa preview dahulu sebelum save. Apa-apa hal pun korang back-up blog korang dengan Download Full Template.

Jangan lupa letak komen ye!

Bila Tak Boleh Tidor

Kalau dah tak boleh tidor, memang macam-macam benda yang dibuat. Antaranya ialah melukis. Luahan kretiviti yang masih hijau dan telanjang. Kalau nak tengok lukisan yang lain, boleh pegi dekat http://dinblues.deviantart.com

kalau nak komen pegi dekat deviantart

Perubahan Sikit Jer



Last used 4.00pm 09/01/2012
Buat sedikit perubahan pada background. Kali nie letak pic pulak.

2012



2012, 4 digit akhir bagi sebuah kelender baru. Baru yang entah apa yang barunya, cuma sedikit perubahan agaknya bagi mereka yang mahukan perubahan. Bagi aku, sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Kononnya azam baru yang tak pernah ada lamanya. Erm gelar azam lama pun best gak. Nak yang lebih baik dari yang ada sekarang ini. Tak kira laa apa pun. Janji yang terbaik dari tahun yang baru jer tamat kiraan harinya.

Tahun nie aku nak kawen!
Itupun kalau sampai seru

Tahun nie aku nak diet!
Itupun kalau nafsu makan boleh diikat

Tahun nie aku nak tukar sport rims!
Itupun kalau ada yang nak bagi free

Tahun nie aku nak datang awal kerja!
Itupun kalau ada bini berdengkur disebelah

Tahun nie aku nak buat web sendiri!
Itupun kalau ada orang sponser domain

Tahun nie aku nak berhenti merokok!
Itupun kalau harga rokok RM100 sebungkus

Tahun nie aku nak lebih baik dari tahun lepas!
Itupun kalau tahun lepas tak macam tahun yang lepas-lepas

Tahun nie itupun tahun yang sama macam tahun lepas...