Semalam, hari ini dan esok

Hari nie last kerja. Esok dah start cuti raya. Heh tak sabar plak rasanya nak balik kampung. Dah setahun tak balik, macam manalah agaknya keadaan kampung aku sekarang. Jangan-jangan dah ada LRT atau kelab dangdut. Apa agaknya cerita budak kampung, macam mana keadaan diorang sekarang, mungkin dah ada yang beranak atau terberanak, kawin atau terkawin, terpesong atau terlajak. Tak taulah keadaan diorang sekarang. Mungkin juga dah ada yang dah jadi tokey ayam sabung atau biawak pasal kampung aku tak lekang dengan ayam dan biawak. Keluarga alhamdulillah tiada masalah pasal kerap up to date dengan diorang. Planing apa nak buat balik nanti pun dah ada, terutamanya nak lepak dengan calssmate dan wat rombongan kak kiah beraya sakan. Agak-agaknya rumah sapa lah nanti jadi mangsa rombongan tak tau malu kitorang nie. Selagi tak licin balang kuih atau terbakar sofa baru diorang, selagi itu kitorang tak berganjak. Mintak-mintak la tahun nie tak ada orang yang menyebut 'duit raya' atau 'ole-ole'. Bukan kedekut tapi musim pokai dah mula melanda dengan lebatnya. Minggu lepas pun cermin keta dah pecah. Melayang hampir 500 juga. Jadi tahun nie peruntukan dari kerajaan aku sendiri kurang, sikit ataupun lebih senang tiada. Kalau ada pun stok nak beli rokok dan berjalan jer. Malang tapi berbaloi.
Semalam telah berbuka puasa dekat rumah di Teluk Intan, hari ini mungkin berbuka puasa di Highway atau RNR ataupun LCCT dan esok insyaallah berbuka puasa di rumah di Tawau

Retak Seribu


21.08.2011 (petang). Satu pengalaman baru apabila cermin kereta pecah depan mata. Oo cam ni rupanya kalau cermin retak. Bunyi meletup dan sekeli mata retak sempat lagi kepala nie berseloroh dikala genting cam nie. Benda nie jadi pasal terkena batu sewaktu cuba memotong sebuah kenderaan lain. Itu la, sapa suruh bawa laju-laju. Nasib baik cermin tak berterabur depan muka, kalau tak buta laa aku malah lagi teruk kalau terbabas Aku mengeluh tapi bersyukur pasal benda yang lebih teruk yang ku bayangkan tadi tak jadi. Nasib baik ada kedai tukar cermin bukak hujung minggu dan nasib buruk duit tuk raya melayang lagi RM280 + Tinted RM8 untuk pasal benda hitam atas cermin balik.

Seminggu lagi

Tinggal seminggu lagi cuti aku akan bermula. Tak sabar rasanya nak balik kampung. 15 hari woo cuti, macam-macam benda aku plan nak buat bila balik kampung nanti. Bukan setakat nak sambut raya tapi nak lepak puas-puas. Bukan selalu dapat cuti panjang macam nie kan, jadi apa salahnya kalau hari-hari mendatang itu dipenuhi dengan plan-plan gila aku nanti..isk tak sabar plak rasanya. Body jak dekat sini tapi jiwa dah terbang balik dah.

Tak best ari ini

Sahur tadi tak sedar.. Pagi tadi lambat pegi kerja..dan tengah hari ni sakit gigi..warghhHH~!!!!