Desas desus






Erk tetiba pulak terdengar desas desus cakap keta 12 tahun tak leh berada diatas jalan. Alamak, kancil ku dah masuk 12 tahun. Tahun depan 13 tahun. Ini bererti kalau JPJ betul-betul kuatkuasakan 'desas desus' tue, alamat kancil aku pun tak leh pakai laa..

Hei~! apa punya desas desus laa. Apa ingat semua orang mampu beli keta ker? isk. Nak pakai apa pi kerja lepas nie? Naik unta, tapir!

Aku bukan nak melenting atau nak marah. Aku cuma terkejut. Kancil aku tue la yang aku pakai wat kerja. Ke hulu ke hilir aku pegi (urusan rasmi) pakai kancil. Selama nie pun aku claim atas nama kancil tue. Kalau 'desas desus' nie betul, macam mana aku nak wat kerja? Bidang kerja aku perlu keluar. Lain laa kau pihak atasan bagi kederaan jabatan, boleh laa wat kerja.

Apa-apa hal pun, kita tengok 'desas desus' nie sampai mana. Malas nak pikir sangat. Kalau dah betul baru kita melenting, buat bising agar semua orang pening, otak berpusing macam gasing..


Sumber aku terbaca di Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment