Kedamaian Atas Sebuah Kesengsaraan



Pagi Jumaat, penghulu segala hari. Erm hari ini aku nak coretkan sikit pasal pendapat dan pandangan aku. Pandangan berkenaan dengan kedamaian yang perlukan pengorbanan. Ini bukan teks ucapan di PPB atau dialog sidang negara-negara yang cintakan keamanan, ini sekadar pandangan aku pasal kedamaian yang ingin dikecapi dan kos yang perlu atau telah dikeluarkan untuk mendapatkannya.

Mungkin korang ada yang tak suka dengan pendapat aku jika aku katakan seandainya kedamaian yang dikecapi mana-mana negara atau mana-mana orang sekarang ini datangnya dari kesengsaraan. Agak mudah kita dengar kan, tapi kalau aku cakap macam ini 'kita aman atas titis darah orang lain' tak pun 'kita damai atas peluh dan air mata orang lain'. Macam kita ni menumpang senang jer kan. Seolah-olah macam kita menindas pulak. Kita hargai dan kenang mereka macam mana? Bersyukurkah kita? sendiri mau ingatlah kan.

Berbalik pada kedamaian yang ingin dikecapi. Apa pendapat korang jika kita terpaksa korbankan orang lain untuk kedamaian orang lain juga? Setuju? Sebagai contoh dalam peperangan, kawan kita terkorban sedangkan kita yang melaungkan kemenangan. Heh amacam, boleh bagi pendapat tak? Itu baru kawan, macam mana kalau 10 orang, erm 1000 orang atau macam ini laa..1 juta orang dikorbankan untuk kedamaian berjuta-juta orang lain (kill million to save billion)..wajarkah atau perlukah? Sanggupkan kita sebagai manusia melakukannya? Memang tak sanggup kan tapi kalau tiada pilihan lain macam mana...Tuhan jer yang tahu.

Aku tertarik dengan cerita WATCHMAN yang aku tonton..situasi yang ku blogkan di atas ada dalam filem itu. Korang boleh nonton tapi cuba abaikan superhero itu, pandang dari sudut maksud jalan cerita itu terutamanya bab akhir-akhir filem itu..Bagi aku, aku setuju atas dasar terpaksa.

AKu bukan nak memandai-mandai mahu komplen pasal kedamaian atau cara kita dapatkan, aku cuma luahkan apa yang ada dalam kepala hotak aku ini. Terpulang dari kita menilai harga sebuah kedamaian itu.

Peace No War

5 comments:

  1. biarkan kedamaian itu di atas kesengsaraan...

    barulah kita menghargai betapa besarnya harga sebuah kedamaian itu.

    ReplyDelete
  2. takut jer ada org yang lupa harga hingga alpa leka merosakkan kedamaian sedia ada...huhu berpuitis pulak..

    ReplyDelete
  3. greater eid to u andd your family

    ReplyDelete