Khas Buat Lelaki

Gambar sekadar hiasan


Aku idamkan isteri yang solehah
Sedangkan aku nak solat pun susah

Aku idamkan isteri yang kiut miut
Sedangkan diriku tidaklah hensem

Aku idamkan isteri yang rajin sentiasa
Sedangkan masaku dihabiskan dengan berbungkus dalam selimut

Aku idamkan isteri yang bersosial bila perlu sahaja
Sedangkan kawan perempuanku tidak terkira banyaknya

Aku idamkan isteri yang berbudi bahasa
Sedangkan mulutku cakap ikut sedap saja

Aku idamkan isteri yang berakhlak mulia
Sedangkan hidupku bertuhankan nafsu seadanya

Aku idamkan isteri yang pintar
Sedangkan aku memang tak suka nak belajar

Aku idamkan isteri yang kaya dengan kesabaran
Sedangkan aku cukup mewah dengan marah berpanjangan...

Aku idamkan isteri yang tak berkira
Sedangkan tinggi egoku melangit jua

Pendek kata,
Puteri yang diidamkan sempurna belaka sifatnya
Sedangkan aku serba tak cukup setiap inci dan sukatan
Kena belek balik cermin kenyataan
Jangan asyik hanyut dengan cermin keperasanan

10 comments:

  1. haa~~ sama la kita , idam Isteri mcm tuu~~ :D

    ReplyDelete
  2. Waaa...mendalam Amat..
    yg pastinya semua nak yg t'baik..

    ReplyDelete
  3. BHAIHAQI : idam idam jugak bro tapi kena juga tengok siapa kita...huhuh

    ReplyDelete
  4. setiap individu mesti ada kelemahan & kelebihan masing2...

    apa pun...wanita dan lelaki mmg ditakdirkan untuk saling lengkap-melengkapi..:)

    ReplyDelete
  5. betul tu cikgu..kan wanita dicipta dari tulang rusuk adam.

    ReplyDelete
  6. yep...kene berlemah lembut taw nanti patah...:)

    ReplyDelete
  7. yee cikgu..mesti layan baik punya..anugerah tuhan yang perlu dijaga elok..

    ReplyDelete
  8. aku suka ayat2 nie

    aku suka istri yg kiut miut
    sedangkan aku x hensem (sokong)

    aku idamkan isteri yg be'budi bahasa
    sedangkan mulutku cakap ikut suka hati <- (xbleh d nafikan)

    Aku idamkan isteri yg x berkira
    sedangkan tinggi egoku melangit jua (erti kata lain KeDeKuT)

    UwaKakakakakakakakkakaka
    (jgn Marah.... hehehe)

    ReplyDelete
  9. kuang asam ko murni.. sempat lagi budak nie mengutuk aku arr..dikasi tambling lah juak budak nie..ahhahaah

    ReplyDelete