Khas Buat Kawan Yang Bernama Sahabat


Khas untuk dia yang bernama sahabat.

Jai, dari tingkatan 2 hingga tingkatan 5 aku tak pernah lekang berkepit dengan seorang mamat nie yang wajar aku gelarkan sahabat sejati. Masa dalam kelas pun duduk mesti sebelah dia. Kalau dia kena denda, aku laa yang akan join sekali dan begitu juga bila aku kena denda, dia tak pernah nak bagi aku senang kena denda sorang-sorang. Seingat aku kitaorang tak pernah gaduh..ada sekali pun tue hanya bermasam muka, tak sampai pun sejam.. ermm dalam bab belajar memang kitaorang bersaing. Bab nakal dan kaki bising, memang tak leh lawan kitaorang..

Seorang lagi yang cukup rapat dengan kitaorang ialah Hery. Zaman sekolah memang ragat kita orang dengan mamat nie. Dia join kita punya geng pun start tingkatan 4. Dia memang best. Lengkap korum kesamsengan hingusan kitaorang. Perkara yang besa dibuat bila gen kenakalan tu dirembeskan ialah bising, usik cikgu, mengumpat, usik bukan pompuan menengah rendah tak pun kakak tingkatan 6. Dan yang paling best kalau bab kentut dan jahanamkan member sekelas. Setiap hari mesti ada mangsa yang termalang nasibnya dengan kitaorang. Satu perkara yang kerap kitorang buat zaman sekolah ialah bermalam kat rumah kawan. Gilir-gilir antara kitorang tiga, kekadang member kelas lain pun join gak.. Pe`el menumpang nie kitaorang tegarkan hingga habis sekolah

Zaman abis sekolah kita orang lagi rapat. Kalau bermalam, bukan sehari dua tapi seminggu. Tak ada malu betul. Yang dibuat adalah melepak, merayap ke bandar dan malam-malam lepak main gitar sambil memekak ke dinihari.

Tidak lama lepas tue kitaorang terpisah pasal ada yang masuk u, keluar u dan masuk tingkatan 6. Kalau jumpa pun time cuti sem atau cuti sekolah. Walaupun terpisah, kitaorang tak pernah lost kontek.

Alam perkerjaan pun kami duduk serumah di Serdang Selangor. Mula-mula aku dengan hery dan tak lama lepas tue jai join sekali. Nampak sangat kami memang tak leh terpisah. Hinggalah hery kawin, dan tak lama lepas tue jai pencen jadi bujang pulak. Dan sekarang nie masing-masing sibuk dengan dunia masing-masing. Kekadang jer berjumpa. Kalau tak time raya, time aku turun KL baru bleh jumpa diorang nie. Jai dengan hery kat KL dan aku plak kat Perak.

Tapi apa-apa hal pun aku gembira dan bersyukur berkawan dengan diorang nie. Banyak benda yang kami kongi, belajar dan lalui bersama.. terlalu banyak kenangan unutk diceritakan. Tapi biarlah hanya kami yang tahu dan hargainya.

Rindu plak dengan diorang nie, kalau ada keizinan sok lusa, nak jenguk budak dua ekor nie. Macam mana agaknya keadaaan diorang sekarang nie.

p/s : bahasa dan gaya penceritaan adalah dari hati ikhlas seorang kawan. Tak perlu difahami cuma lihat dari sudut yang bernama memori

Bukan Mentari Semalam


Hidup yang indah ini
Bak gemersik siulan alam..
Itulah impian
Lara hati..Adalah epik hidup semalam
Biarpun mentari hari ini
Menyinari jalan-jalan kelam
Biarkan mentari semalam
Bergusir gelap malam
Kerana Tuhan menjadikan mentari hari ini
Bukan mentari semalam..

Petikan dari Aku Dan Sesuatu Fanpage

Keputusan Piala Malaysia 2011 Perlawanan Pertama Peringkat Suku Akhir



Selangor lwn Perak (siaran langsung ASTRO Arena) 1-0, (separuh pertama) 2-0,3-0, 3-1 (Keputusan Penuh 3-1 )
Std Shah Alam, 8.45 mlm

Felda Utd lwn N. Sembilan (siaran langsung RTM 1) 0-0 (separuh pertama)1-0
( Keputusan Penuh 1-0 )
Std MBPJ , 8.45 mlm

Terengganu lwn Kelantan 1-0, (separuh pertama) 1-1, 2-1,3-1
( Keputusan Penuh 3-1 )
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 8.45 mlm

Sabah lwn T-Team 1-1, (separuh pertama)1-2
( Keputusan Penuh 1-2 )
Std Likas, 8.15 mlm

Macam mana plak Sabah boleh kalah nie...aduuuhhhh

Sumber ligakampung.com

Kerepek Pisang Penyek (Sanggar Pokpek)


Mula-mula saje jer aku cerita berkenaan dengan salah satu makan bugis yang ringkas nie. Tu pun tercetus pasal aku tengok dia nie banyak sangat pisang kat tepi rumah dia..niat tue nak bagi dia buat dan rasa jer. Tak sangka plak dia buat produk. Siap dah mula buat promosi. Rezeki dia agaknya. Aku hanya tumpang gembira bila tengok bangsa sendiri tau nak berdikari..Moga apa yang diusahakan akan berjaya kelak.

Sketsa Kehidupan : Maaf Ke Tak?


"Tak apalah kalau awak sibuk. Walau macam mana awak tetap tak mahu maafkan saya. Saya cuba berbaik dengan awak tapi awak tetap mahu bergaduh. Tak apalah, saya tak akan ganggu awak lagi. Sedih bila awak guna bahasa (saya) dengan aku. Ok bye"
mohon maaf bila dah mengaku salah. Komen pula bila guna kata ganti nama SAYA walhal dia pun guna AWAK, SAYA dan AKU.

"Saya sibuk"
Jawapan sewaktu kerja banyak. Realiti

"Iyalah tapi jangan la guna bahasa kasar... Tujuan saya call bukan mahu ganggu awak tapi saya mahu minta maaf... Gara-gara hal kecil awak langsung tak boleh maafkan saya? Sampai bila!!"
Entahlah..sapa yang guna bahasa kasar melampau-lampau sekarang ini

"Saya Maafkan"
Mengalah.. bertolak ansur.

"Terima kasih la atas kemaafannya. Tapi saya mahu ikhlas bukan tak ikhlas. Kalau awak ikhlas awak tak kan guna perkataan SAYA !!"
Ada juga orang jenis macam ini. Tahu menilai orang dengan cara sendiri. Isi hati dia tahu kah? Masih merungut walhal apa yang dipinta telah dipenuhi. Perlukan skema kemaafan itu telalu sempurna walhal yang meminta lagi kasar dan mengada-ngada.

Kemaafan yang sia-sia. Walaupun dari hati tapi masih dikeji sedangkan hati yang merasa sakit sebelum ini. Hati yang luka melalui. Mengalah tapi akhirnnya... redha jer laa..

Only you knows in your hearth how the pain felt