Sketsa Kehidupan : Maaf Ke Tak?


"Tak apalah kalau awak sibuk. Walau macam mana awak tetap tak mahu maafkan saya. Saya cuba berbaik dengan awak tapi awak tetap mahu bergaduh. Tak apalah, saya tak akan ganggu awak lagi. Sedih bila awak guna bahasa (saya) dengan aku. Ok bye"
mohon maaf bila dah mengaku salah. Komen pula bila guna kata ganti nama SAYA walhal dia pun guna AWAK, SAYA dan AKU.

"Saya sibuk"
Jawapan sewaktu kerja banyak. Realiti

"Iyalah tapi jangan la guna bahasa kasar... Tujuan saya call bukan mahu ganggu awak tapi saya mahu minta maaf... Gara-gara hal kecil awak langsung tak boleh maafkan saya? Sampai bila!!"
Entahlah..sapa yang guna bahasa kasar melampau-lampau sekarang ini

"Saya Maafkan"
Mengalah.. bertolak ansur.

"Terima kasih la atas kemaafannya. Tapi saya mahu ikhlas bukan tak ikhlas. Kalau awak ikhlas awak tak kan guna perkataan SAYA !!"
Ada juga orang jenis macam ini. Tahu menilai orang dengan cara sendiri. Isi hati dia tahu kah? Masih merungut walhal apa yang dipinta telah dipenuhi. Perlukan skema kemaafan itu telalu sempurna walhal yang meminta lagi kasar dan mengada-ngada.

Kemaafan yang sia-sia. Walaupun dari hati tapi masih dikeji sedangkan hati yang merasa sakit sebelum ini. Hati yang luka melalui. Mengalah tapi akhirnnya... redha jer laa..

Only you knows in your hearth how the pain felt

1 comment:

  1. Kalau tak ada sabar, lebam biji mata orang yang minta maaf tu

    ReplyDelete