Puisi Suami Isteri

Tetiba teringat email-email lama yang pernah aku dapat masa kerja kat tempat lama dulu. Antaranya seperti dibawah. Layannnn



Puisi Suami yg minta izin Pologami

Isteriku, jika engkau bumi, akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa
akan silauan ku. Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta
bukan hanya bumi, malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu.. Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah
adanya aku, kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...


Balasan Puisi Sang Isteri

Suamiku, andai kau memang mentari, sang surya yang me! mberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahaya mu dan
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

AKAN TETAPIIIIIIII.. Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan
5 watt sahaja, jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu... MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis sahaja!!

please lah...!!!

Kredit buat Asraff, Citibank.


p/s : Sebenarnya dah tak ada idea benda apa yang nak di post

4 comments:

  1. kehkehkeh...plizzzz laaa...haha

    padan muka...hihi

    ReplyDelete
  2. hehe..matahari tak leh, sok lusa nak try bulan pulak laa..

    ReplyDelete
  3. musim ujan skang nih...bulan pun tak nampak..golap...:p

    ReplyDelete
  4. matahari tak leh..bulan tak leh..jadi lampu jalan jer laa..:)

    ReplyDelete