2.31 pagi, Isnin 19 September 2011

Dari tadi aku asyik tergolek atas tilam bujang 2 lapis aku yang dah berkulat ini. Mata dah kelat tapi masih tak boleh lelap seperti hari-hari biasa. Tak tau kenapa. Mungkin agaknya kepala hotak aku yang terlalu sangat ligat berputar pikirkan masalah dan kehidupan mendatang.

Duit.. Suatu masalah yang tetap setia bersamaku. Tak pernah lekang dari hidupku. Tak pernah jemu atau bosan menghantui kepala hotak aku ini. Tak pernah cukup dan keperluan terhadapnya sentiasa ada dan bertambah.

Semalam jer lampu minyak hitam kereta aku dah start menyala-nyala. Walaupun kejap ada kejap tak ada, tapi aku tau dia tak malu cuma sebagai ingatan yang dia perlu diservis. Nak tunggu gaji, lama lagi. Duit dalam poket dan mesin kat bank dah kopak. Kalau tunggu gaji pun dan duit gaji aku itu dikoyak jadi dua pun tak mampu tampung keperluan semua sekali. Mana taknya, duit tue dah budget nak bayar sewa rumah, api air dan insurans 'bini biru' aku tue juga.



Adeii macam mana nak settle benda nie .. Lagipun 3 benda (sewa, insurans, sevis) wajib dilaksanakan. Tak boleh tangguh-tangguh. 3 benda tue pun wat duit gaji aku tinggal cukup-cukup tuk makan jer.. Arghhh~!!!!

Pening-pening. Tak tau nak selesaikan macam mana lagi nie. Duit ada tapi nak pakai plak untuk tamatkan status bujang aku nie. Tinggal 2 bulan setengah kesukuan hari lagi...


Kadang kala time cam nie baru plak aku teringat kat Dia yang memberi rezeki kepada ku. Rasa diri ini leka dan lalai dalam menjalankan suruhanNya

Sewa Rumah + Servis Kereta = Polis bakal bagi surat cinta bernilai RM300
Insuran kereta + Sewa Rumah = Jalan kaki ke pejabat
Insuran kereta + Servis Kereta = Duduk luar rumah atau tidor di pejabat
Insuran kereta + Sewa Rumah + Servis Kereta = Dompet aku menangis, aku teresak-esak

No comments:

Post a Comment