Ketawa bersama, berduka bersendirian.

Memang begini keadaannya sekarang. Sedang aku ketawa dan gembira betapa ramai kawan-kawan yang tumpang sekaki. Gelak bersama sambil tersenyum macam kerang busuk. Kadang kala ketawa tue membawa kepada perbuatan tergolek-golek macam cacing dalam oven. Namun apabila aku sedih, berduka mahupun kecewa tiada siapa disisi. Untuk mendengar luahan aku memang jauh sekali. Semua menyepi macam duduk dalam gua. Tinggal laa aku sorang-sorang layan blues. Adat dunia memang macam ini agaknya. Tiada siapa peduli dan tiada siapa ambik tahu. Kalau ada pun yang cuba dekati sekalipun mesti niatkan budi. Aku bukan nak salahkan kawan atau lawan atau sesiapa saja, aku cuma meluahkan apa yang kurasakan semalam. Duduk depan umah sambil kenang kisah lama. Dulu tak macam ini, time tue kawan pun ramai. Ada yang memang kawan dan ada yang lawan tapi muka kawan. Mungkin status mereka sekarang ini yang buat mereka berubah. Berubakah mereka?. Tak pasti, yang ku tahu berita dan khabar memang susah untuk diketahui. Kalau ada pun setakat sipi-sipi sahaja. Tak pa laa. Mungkin aku yang agak emosi malam tadi.
Sekadar luahan dari kawan buat kawan

No comments:

Post a Comment