Argghh~!!!

Kadang kala bila aku buka FB dan melihat kepada mereka-mereka yang hiprokrit, terasa meluap-luap perasaan amarah dalam diri ini. Mau sahaja ku pecahkan muka yang sentiasa senyum dihadapanku walhal bila dibelakangku mereka mencebik dan menyindir. Jangan risau wahai sahabatku yang busuk ati, aku sedar akan diri ini yang tak sehebat jika nak dibandingkan dengan dirimu. Diri ini juga tau menilai setinggi mana ianya berdiri. Tapi sampai bila ko ada mendonggak megah, sampai bila ko akan meludah hina. Suatu hari nanti ko akan tunduk jua ke bumi mengharap simpati dan ku tetap menyepi walaupun dikau melutut menadah sepuluh jari. Bukan benci atau dendam, cuma mengingatkan dirimu yang aku juga punya hati..

No comments:

Post a Comment