Suatu keputusan yang amat payah untuk aku buat. Terlalu sukar untuk meluahkan apatahlagi merasakannya. Kini semuanya sudah terjawab. Ku tangguh juga akhirnya majlis itu. Terasa perit nak mengeluarkan kata-kata terutaman apabila keputusan yang dibuat itu ku maklumamkan kepada ayah. Aku cuba juga untuk merealisasikan kenyataan ini namun Tuhan lebih berkuasa menentukan perjalanan ini.

Entah lah. Sejak keputusan dibuat aku terasa sayu pulak. Sedih dan kecewa. Ialah, siapa yang tak nak hidup berdua, berkongsi bahagia. Semua orang nak. Cuma kadang kala apa yang dirancang itu tidak seperti yang dijangka. Hujung tahun menjadi tahun depan. Redha dengan apa yang berlaku. Salahkah aku apabila keputusan seberat ini aku terpaksa aku buat. Bukan suka-suka tapi kuderat meterial aku tidak kesampaian. Kalau sampai pun setakat cukup-cukup makan. Kena pikir juga kehidupan selepas majlis itu. Jadi apa yang aku buat ini adalah apa yang sepatutnya aku buat.

Kegagalan yang belum lagi duduk dalam kecewa, masih menerawang mencari punca yang hilang tanpa meletakkan malang pada daerah nasib, daerah yang sering bikin kita hilang tertib - Aku dan Sesuatu (AiE)

1 comment:

  1. kalau dah jodoh tak kemana..kita merancang,Allah jua yang tentukan...mungkin tersirat hikmah disebaliknya....redha dalam pasrah..

    ReplyDelete