Ternakan Organik



Organik

Semalaman menghadiri Seminar Akuakultur Organik di Pusat Penyelidikkan Perikanan Glami Lemi, Jelebu, Negeri Sembilan. Banyak benda yang dipelajari terutamanya bab apa yang telah kita makan seharian. Walaupun seminar berkenaan akuakultur, tapi banyak isu yang dibentangkan berkenaan dengan kandungan ataupun racun yang ada dalam barang makanan yang kita makan seharian.

Sebelum memeningkan kepala anda dan sebelum apa yang semua aku pelajari disana, ada baiknya aku mulakan dengan akuakultur organik itu sendiri.

Akuakultur (ternak air) adalah salah satu cabang perikanan yang pesat membangun..eh apa plak nie..erm cam nie. Kita biasa dengar orang ternakan ikan keli atau tilapia kan, tapi tahukan kita apa yang diberi makan kepada ikan tersebut sehingga besar? Berkhasiatkan makanan yang diberi makan kepada ikan itu atau secara terus terang, adakah makanan yang diberi makan kepada ikan itu tidak membahayakan kesihatan kita bila kita makan ianya kelak? Itu baru bab makanan. Macam mana dengan ubat-ubatan ikan itu? Sumber ikan itu? Bahan kimia dalam air ternakan itu? Adakah semuanya baik untuk kesihatan si pemakan ikan itu kelak? Mungkin kita tidak tahu. Atau mungkin kita lupa nak ambik tahu (macam aku la, main bedal jer ikan dimakan. Janji sedap)

Sumber benih (organik)
Benih yang semulajadi. Terhasil dari pensenyawaan semulajadi ikan ataupun hidupan air yang tidak disokong atau dibantu dengan bahan-bahan kimia atau bahan yang mempercepatkan proses pensenyawaan tersebut (cth: overprim)

Ternakan (organik)
Sistem ternakan yang semulajadi. Tidak melibatkan apa-apa sistem yang boleh mempercepatkan proses pembesaran ternakan tersebut (cth : pengudaraan menggunakan mesin). Tidak kira dari segi proses, air atau tanah, bahan tahambahan ataupun sumber tanaga.

Pemakanan (organik)
Tiada sebarang makanan rumusan yang bukan organik dibenarkan. Sebagai contoh pallet ataupun makanan rumusan lain. Hanya makanan dari sumber semulajadi sahaja diiktiraf sebagai organik. (cth: plankton dan zooplankton)

Penuaian dan Pemasaran (organik)
Aku tak tahu cam mana nak hurai. Rujuk Jabatan yang terlibat. hahah

Keseluruhannya, ternakan perlulah diternak dalam suasana semulajadi tanpa campur tangan dari apa-apa sumber lain termasuk manusia (kalau adapun biarlah minimum)

Mengikut apa yang dibentang oleh penceramah yang hadir pada seminar itu (INFOFISH, DOF, MOA) kebanyakan apa yang kita makan hari ini mengandungi banyak bahan-bahan yang tak baik untuk kesihatan kita. Bukan sahaja datangnya daripada ikan yang kita makan, sayur, ayam, dan macam-macam lagi.

Aku bukan nak takutkan sesiapa tapi pikirlah apa yang kita makan seharian ini, adakah kita peka dengan cara penyediaan awal apa yang kita makan itu. Sebagai contoh sayuran, kita tahukah macam mana ianya ditanam? Apa bahan kimia yang dia gunakan? Berapa banyak racun digunakan? Bayangkan kalau masuk dalam badan kita? Patutla orang dulu-dulu sihaT dan bertenaga sentiasa, mampu mengambara jauh untuk berdagang. Kita, baru bawak keta dari perak ke KL dah mengadu sakit belakang la, bontot sakitla, telor kebas la(hhehe besar sangan kot telor tue). Jangan pikirkan dulu bab minyak, perasa makanan atau bahan-bahan lain, kita pikir dulu bahan asas tersebut.

Mengikut maklumat yang dibentangka oleh Jabatan Pertanian, hampir kesemua sayur yang berada dipasaran ini mengadungi racun dan bahan kimia yang tinggi sama ada bahan tersebut dibenarkan atau tidak.

Jadi untuk mengelakkan kita makan makanan yang mengadungi racun dan bahan yang tak baik untuk kesihatan kita, pilihlah sayur yang ada simbol



Ianya dijamin ditanam secara organik.

Berbalik kepada akuakultur. Bidang ini baru lagi dan menurut apa yang dibentangkan, masalah dari segi kuantiti hasil akan timbul kerana hasil tuaian akan berkurangan. (ikan akan mati kalau makan tak cukup, berat tak sampai sepertimana yang diperlukan oleh pasasran dan biasanya ternakan akan berkurangan kalau pemakanan tak mencukupi seprti keli dan udang (sebab diorang ni lapar jadi dia makan kawan dia la))

Namun, harga penawaran untuk ternakan organik ini tinggi (contoh yang diberikan oleh INFOFISH) memandangkan kualiti yang ditawarkan adalah terbaik. Di negara-negara Asian lain, permintaan terhadap ternakan ikan organik ini mendapat sambutan menggalakkan. Ini kerana kebanyakkan pengguna telah peka dengan pemamkanan seharian mereka. Apatah lagi selepas kes melamin dan kes-kes bahan yang ada dalam makanan telah menyebabkan kehilangan nyawa. Di Malaysia sahaja, biasanya di pasaraya besar, permintaan terhadap sayuran organik tidak mencukupi walaupun harga yang tinggi ditawarkan.

Kesimpulannya (ceh macam penceramah plak) berbaliklah kita kepada sumber makanan yang semulajadi demi menjamin kesihatan yang terbaaikkk..sory laa simpul-simpul nie aku tak pandai. :)

Aku tak pandai nak hurai maklumat yang ku perolehi secara bertulis, kalau lisan tue mungkin boleh. Tapi maklumat ini boleh di dapati dari :

Jabatan Pertanian Malaysia
INFO FISH

2 comments:

  1. yup...skang nih mmg byk benda yg kita mkn mengandungi bhn kimia samada sedar ngan xsedar jer...huhu

    ReplyDelete
  2. tue laa pasal..pandai pandai la kita beli dan makan..kan kita pengguna. :)

    ReplyDelete